Connect with us

Oh! Media

Shuk Sahar Serik Kongsi Kisah Peribadi, Ini Punca Sorok Perkahwinan

Shuk Sahar

Oh! Artis

Shuk Sahar Serik Kongsi Kisah Peribadi, Ini Punca Sorok Perkahwinan

Pelawak dan pengacara Shuk Sahar sudah serik berkongsi kisah hidupnya menyebabkan dia enggan mengumumkan perkahwinan baharunya pada bulan November tahun lalu bersama Fara Salleh.

BACA: Shuk Sahar Dedah Sudah Tamatkan Zaman Duda Sejak Empat Bulan Lepas

Semasa dalam sesi podcast OKLETSGO, Shuk berkata cukup sekadar ahli keluarga terdekat dan hanya akan umum berita perkahwinanya apabila tiba masa yang sesuai.

IKLAN

Pelawak tersebut menegaskan semasa sesi podcast yang dia tak rahsiakan tentang perkahwinannya cuma perlu masa yang sesuai untuk berkongsi.

Sejujurnya, apa yang dikeluarkan mengenai perkahwinan saya adalah betul. Saya sudah berkahwin pada November tahun lalu.

Cuma belum sampai masa untuk saya cerita mengenai hal ini dengan lebih terbuka.

Shuk berkata dia telah belajar dari pengalaman untuk tidak terlalu terbuka soal peribadi di media sosial kerana bimbang kenyataanya disalah anggap oleh netizen.

Isteri pelawak itu, Fara Salleh juga akui mereka telah mendirikan rumah tangga empat bulan yang lalu.

Untuk rekod, Shuk telah mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera pada 2015 dan telah bercerai pada 22 Mac 2023.

Jelasnya, walaupun sudah tidak ada ikatan namun mereka masih mengekalkan hubungan baik demi kebaikan anak-anak mereka.

Kredit: OKLETSGO

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas