Connect with us

Oh! Media

Shuib Tidak Mahu Netizen Bandingkan Arwah Isteri Dengan Tunangnya

Ohmedia shuib watie

Oh! Artis

Shuib Tidak Mahu Netizen Bandingkan Arwah Isteri Dengan Tunangnya

Shuib, pelawak dan penyampai radio memaklumkan walaupun dia sudah bertunang dengan wanita lain, penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, iaitu isterinya tetap berada di tempat yang istimewa dalam hidupnya.

Penyampai radio itu, juga berharap warganet di laman sosial untuk tidak membuat perbandingan antara arwah isterinya dengan tunangnya iaitu Watie Hanifiah.

Sarah ada di tempat paling istimewa dalam hidup saya… Watie pun tahu perkara itu. Jadi, perbandingan itu tidak sepatutnya. Sebab kita kena terima realitinya


Dan tidak adil juga untuk dia (Watie). Pada saya, apa salah dia… dia nak ada dengan saya untuk anak-anak, untuk keluarga. Perbandingan itu menyakitkan orang juga.

Menurut Shuib, dia berkata segala keputusan yang dibuat adalah demi masa depan anak-anaknya. Pelawak itu ditemui pada malam Selesa di majlis rumah terbuka syarikat pengurusan iaitu Indigital.

IKLAN

Kalau orang nak kecam saya, kena berbalik kepada niat untuk berkahwin. Saya buat ini untuk anak-anak, kalau ikutkan saya lebih senang membujang sahaja.


Saya ada tanggungjawab yang cukup besar malah arwah juga mahu saya membesarkan anak-anak kami dengan baik.

Sebelum ini, Shuib sudah selamat bertunang bersama usahawan Watie Hanifah dalam satu majlis tertutup di Shah Alam, pada Sabtu.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas