Connect with us

Oh! Media

Shila Amzah Beri Komen Mengenai Hadiah AJL39 Undang Perhatian Ramai

Copy of Untitled Design   4

Trending

Shila Amzah Beri Komen Mengenai Hadiah AJL39 Undang Perhatian Ramai

Penyanyi Shila Amzah mencadangkan agar pihak penganjur Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) mempertimbangkan untuk menaikkan jumlah hadiah utama atau menyediakan saguhati kepada semua finalis.

Shila Amzah suarakan pendapat

Img 9373

Menerusi X, Shila berpendapat bahawa kos yang ditanggung oleh finalis untuk menyediakan persembahan terbaik di pentas AJL adalah tinggi, dan hadiah kemenangan seharusnya lebih setimpal.

Berdasarkan jumlah artis dah berbelanjakan untuk pentas AJL kan, macam dah boleh naikkan duit grand prize tu.

Atau macam kena ada hadiah (duit) saguhati at least kepada semua finalis sebab semua spend tu.

Netizen setuju dengan cadangan

Img 9370

Perkongsian Shila Amzah itu mendapat sokongan daripada ramai netizen, yang bersetuju bahawa hadiah kemenangan perlu sepadan dengan usaha dan kos yang dikeluarkan oleh para peserta.

IKLAN

Ada yang menyatakan bahawa pentas AJL memerlukan pelaburan besar daripada artis, termasuk kos pakaian, props, efek pentas, dan tenaga kerja untuk memastikan persembahan mereka memukau.

Buat masa ini, pihak penganjur belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu ini.

#ApaKataOhmedia

Bakat dan kreativiti artis perlu dihargai dengan setimpal. Jika mereka sudah berusaha memberikan yang terbaik, hadiah yang diberikan juga seharusnya lebih berbaloi dengan pengorbanan mereka!

Copy of Untitled Design   4

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: X


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas