Connect with us

Oh! Media

‘Sheriff’ Sebenar! Kejadian Polis Tangkap Anggota Polis Berlaku Kelmarin

img 2957

Trending

‘Sheriff’ Sebenar! Kejadian Polis Tangkap Anggota Polis Berlaku Kelmarin

Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal telah ditahan dalam satu serbuan yang dilakukan sepasukan anggota Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman kelmarin selepas dipercayai mengedar dadah. 

Menurut laporan Kosmo, pil Yaba seberat 110.87 gram, syabu seberat 5.42 gram dan heroin sdberat 0.11 gram dijumpai ketika pemeriksaan dijalankan dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin

Nilai rampasan kesemua dadah tersebut dianggarkan RM8,600.

Anggota polis itu juga telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk disoal siasat tapi suspek bebas daripada pengaruh dadah selepas pemeriksaan urin dijalankan.

IKLAN

Dia telah ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Penglibatan anggota polis dalam jenayah penyalahgunaan dadah ini amat diambil serius.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas