Connect with us

Oh! Media

Sharifah Rose Perjelas Dakwaan Sedang Bercinta Dengan Ezzrin Loy

Ohmedia sharifah Rose

Oh! Artis

Sharifah Rose Perjelas Dakwaan Sedang Bercinta Dengan Ezzrin Loy

Pelakon Sharifah Rose tampil memperjelas isu dakwaan dia sedang bercina dengan pelakon, Ezzrin Loy.

Baru-baru ini, tular satu video Sharifah Rose dan Ezzrin Loy keluar berjalan bersama di sebuah pusat membeli belah sehingga timbul tanda tanya dalam kalangan netizen tentang status hubungan mereka.

Menurut Sharifah, dia kurang selesa apabila kehidupan peribadinya menjadi tumpuan orang ramai walaupun berada di tempat awam baginya itulah adalah privasinya.

IKLAN

Dalam pada itu, aktres ini juga berkata hubungannya bersama adik kepada Elfira Loy hanya sekadar kawan rapat sahaja dan tidak ada apa-apa yang serius.

Sama ada benda itu betul ke tidak, saya rasa dengan siapa saya berkawan ke atau bercinta kalau saya pilih to keep it private, itu adalah pilihan saya.

Saya juga tak appreciate bila orang rakam benda tu randomly sebab dah mengganggu privasi. Lagipun masa tu kita keluar bertiga. Depan tu ada kawan saya. Tapi bila ada yang cakap kami berpegangan tangan itu tak betul.

Bagi saya kalau saya nak dedahkan perkara tu kepada umum, biarlah saya yang mulakan dulu. Tapi buat masa sekarang untuk menjawab tentang itu, saya dengan dia memang berkawan rapat tapi tak serius.

Sebelum ini, mereka pernah digandingkan bersama dalam sebuah drama Ku Punya Hati, aktres itu juga mengakui dia dan Ezzrin masih lagi dalam fasa berkenalan.

Saya dengan dia dah kenal lama. Kami juga pernah berlakon bersama jadi sejak tu pun kami memang selalu jumpa dan lepak sekali. Kalau nak kata bercinta ke tak tu, kami mungkin dalam fasa berkenalan lagi.

Dalam proses kenal ni kita tak tahu ke mana lagi dan saya rasa kalau ada perkara serius itu berlaku biarlah saya yang umum sendiri.

Fatini thumbnail om article 713 × 401px 37

Tambahan, aktres yang berusia 24 tahun itu terpaksa akur dan mengorbankan privasinya selepas menjadi seorang selebriti, namun Sharifah juga berharap netizen tidak melampui batas dan menghormati perihal peribadinya.

Sebagai public figure kita memang dah boleh agak benda tu. Tapi saya rasa benda tu kita tak patut normalize kan sebab mengganggu privasi orang dan tanya orang tentang personal life.

Kalau orang tu nak rahsiakannya saya rasa orang kena hormatinya sebab bila dah umur 20-an ni, lebih bagus untuk kenal-kenal orang. Kalau dah ada macam step nak ke arah bertunang ke kahwin ke, kita nak war-warkan tu saya rasa okay.

Tapi tula bila dah bergelar pelakon ni, saya terpaksa korbankan privasi saya. Dengan siapa saya berjumpa or berkawan orang ingat bercinta.

Tapi kenen-kenenkan tu saya rasa memang lumrah untuk seorang pelakon tapi agak tak selesa sebab kita ada family, dia pun ada expectation dia sendiri.

BACA: “Dua-Dua Jenis R&R”, Sharifah Rose Didakwa Bercinta Dengan Ezzrin Loy?

Kredit: Xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas