Connect with us
penulis surat layang

Trending

“Setelah Hampir 8 Tahun, Ni First Time Saya Tengok Semula” – Penulis Surat Layang

Semalam, tular semula di media sosial gambar menunjukkan surat layang yang pernah ditulis penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) meminta bantuan warden bagi menyelamatkan Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Surat tersebut dipercayai ditulis oleh saksi dan juga rakan allahyarham dikenali sebagai Muhammad Aiman Aufa.

IKLAN

Maklumat yang tersebar menyebabkan orang ramai membanjiri Instagram Aiman Aufa mengucapkan terima kasih.

BACA: Instagram Penulis Surat Layang Kes Zulfarhan Dibanjiri Komen ‘Terima Kasih’

surat layang

Sedar akan hal itu, Aiman tampil memberi respon berkata, ini merupakan kali pertama dia melihat semula surat itu selepas hampir 8 tahun berlalu.

surat layang

Difahamkan, surat layang yang ditulis atas kertas A4 itu diselitkan di pintu pagar Rumah Sakit Angkatan Tentera pada 23 Mei 2017. Surat layang kedua pula diletakkan di bawah pintu bilik seorang jurulatih keesokan harinya.

Lepas saya letak tu, tak pernah tengok dah sampai sekarang. Ni tak tahu la macam mana boleh sampai ke public.

Aiman yang kini sudah berkahwin berkata sebagai manusia dia hanya mampu berusaha namun, Allah SWT adalah penentu segala-galanya.

penulis surat layang

Jap!


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas