Connect with us

Oh! Media

Sesetengah Negeri Ini Bakal Dilanda Ribut Petir Dan Hujan Lebat Selama 6 Hari Berturut-Turut!

Copy of Untitled Design   2

Trending

Sesetengah Negeri Ini Bakal Dilanda Ribut Petir Dan Hujan Lebat Selama 6 Hari Berturut-Turut!

Beberapa kawasan di Pantai Timur dan utara Semenanjung Malaysia dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat yang berterusan selama enam hari bermula esok (22 Februari 2025).

Monsun dijangka bermula 22 Februari

Ohmedia 1a0e46e8 d7c8 40ee b78f 3948c61a7d06

Menurut laporan Kosmo, analisis terhadap model ramalan cuaca menunjukkan luruan monsun akan memasuki rantau negara hingga 27 Februari 2025 dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip.

Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat yang menyeluruh di Kelantan, Terengganu dan utara Semenanjung.

Angin kencang dan laut bergelora dijangka

1a17dc9e 6721 4bc6 951e 07da705d1683

Dalam masa yang sama, MetMalaysia telah mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Laut China Selatan, berkuat kuasa dari 24 hingga 27 Februari 2025.

IKLAN

MetMalaysia menasihatkan orang ramai untuk:

  • Berhati-hati jika berada di kawasan berisiko banjir
  • Mengelakkan aktiviti di laut sepanjang tempoh ini
  • Menyemak maklumat cuaca terkini menerusi laman web rasmi dan aplikasi myCuaca

#ApaKataOhmedia

Orang ramai, terutama yang tinggal di kawasan rendah dan pesisir pantai, disarankan untuk berwaspada serta bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan seperti banjir kilat dan tanah runtuh.

Copy of Untitled Design   2

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas