Connect with us

Oh! Media

Serangan Besar Dijangka Dalam Masa 48 Jam, Didakwa Mampu Tenggelamkan Kapal Peserta Misi Kemanusiaan

Ohmedia misi Kemanusiaan Gsf Gaza

Trending

Serangan Besar Dijangka Dalam Masa 48 Jam, Didakwa Mampu Tenggelamkan Kapal Peserta Misi Kemanusiaan

Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) mengumumkan bahawa mereka menerima maklumat risikan sahih mengenai ancaman serangan Israel dalam masa 48 jam akan datang.

Menurut laporan Kosmo, serangan itu dijangka melibatkan penggunaan senjata berat yang mampu menenggelamkan kapal serta mengorbankan nyawa peserta flotilla.

Risikan yang diterima malam tadi menunjukkan Israel berkemungkinan melancarkan serangan berskala besar dengan senjata yang lebih berat. Ancaman ini tidak hanya menjejaskan keselamatan flotila, malah boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.

Sidang media kecemasan

Gsf

GSF mengadakan sidang media tergempar secara maya melalui Zoom pada jam 3 petang waktu tempatan, bagi memaklumkan keadaan semasa di laut serta menyeru kerajaan dan badan antarabangsa segera campur tangan.

IKLAN

Sidang media itu turut menampilkan beberapa tokoh penting termasuk bekas Ahli Parlimen Afrika Selatan, Nkosi Zwelivelile Mandela, Jawatankuasa Pemandu GSF, Yasemin Acar dan Kleoniki Alexopoulou dan Peguam antarabangsa, Lamis J. Deek

Ambil langkah untuk perketatkan keselamatan peserta GSF

Misi

Bagi menghadapi ancaman tersebut, Jawatankuasa Pemandu GSF telah mengambil langkah segera dengan memperketatkan keselamatan peserta serta menyediakan pelan kontingensi sekiranya serangan benar-benar berlaku.

Mereka juga menegaskan bahawa serangan ke atas kapal bantuan kemanusiaan adalah satu jenayah antarabangsa yang perlu mendapat perhatian serius daripada masyarakat dunia.

Pssttt! Misi kemanusiaan bukan sekadar tentang bantuan, tetapi juga tentang keberanian. Dunia perlu bersatu menolak kezaliman demi menyelamatkan nyawa yang tidak berdosa.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas