Connect with us

Oh! Media

Seram! 3 Kes Ritual Malaysia Ini Confirm Akan Buat Korang Tak Boleh Tidur Malam!

Branded

Seram! 3 Kes Ritual Malaysia Ini Confirm Akan Buat Korang Tak Boleh Tidur Malam!

Kepercayaan terhadap makhluk halus telah lama berakar umbi dalam kalangan masyarakat di Malaysia, walaupun ritual ghaib semakin berkurangan sejak beberapa dekad kebelakangan ini. Haa, bulan Ramadan ni, siapa kata kita tak boleh diganggu makhluk halus?

Menurut pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dalam terbitan Irsyad Al-Fatwa Khas Ramadan siri ke-128 menyatakan bahawa gangguan daripada makhluk halus masih boleh berlaku walaupun pada bulan Ramadan! Jadi, selama ni yang korang husnuzon bila rasa diperhati tu mungkin betul-betul makhluk halus.

Sekadar perkongsian, jom kami nak share dengan korang tentang 3 kes ritual yang pernah berlaku di Malaysia sehingga ada nyawa yang terkorban.

Ritual Mengusir Roh Jahat Menempah Maut

Pada tahun 2008, sepasang suami isteri terkorban dalam sebuah ritual pada Hari Raya Aidilfitri. 

Hasil keterangan beberapa saksi, timbalan pendakwaraya, Aidatul Azura Zainal menyatakan ritual yang melibatkan pembunuhan oleh dua orang beradik berusia awal 20 tahun serta seorang sepupu mereka itu bermotifkan rasa kepercayaan orang yang mati boleh hidup semula. 

Menurut peguam bela, Supramaniam Kasia Pillai, pasangan itu telah dipukul “dengan segala objek yang lelaki boleh pegang seperti topi keledar, bahagian atas meja dan juga kaki meja, dengan tujuan untuk mengusir kejahatan”.

Aidatul turut berkata ketiga-tiga tertuduh telah memberi keterangan bahawa mangsa mereka sanggup menyertai upacara ritual tersebut. 

Mahkamah Malaysia telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada salah seorang adik beradik tersebut dan sepupunya di atas kematian ibu bapa lelaki itu semasa upacara ritual tersebut, manakala seorang lagi adik beradik yang dituduh telah dibebaskan atas alasan gila.

Suspek yang dibebaskan berkata semasa perbicaraan, dia telah mendapat kuasa rohani melalui pergaulannya dengan kultus Islam yang diharamkan, dan dia boleh menyembuhkan orang sakit dan membangkitkan orang mati. 

Disangka Roh Jahat Merasuk, Gadis Umur 3 Tahun Maut Menjadi Korban Keluarga

Pada tahun 2012, seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun maut dalam ritual pengusiran syaitan yang disyaki dilakukan oleh ahli keluarga yang percaya dia dirasuk roh jahat.

Menurut polis daerah, Azman Abdul Lah berkata, pihak polis telah menyerbu sebuah rumah di utara negeri Pulau Pinang selepas menerima panggilan kecemasan daripada ahli keluarga dan menemui sekumpulan lapan orang berbaring di atas kanak-kanak itu di dalam bilik tidur.

Azman berkata, mangsa ditemui menghadap ke bawah di bawah timbunan ahli keluarga yang terdiri daripada ibu bapa, nenek, bapa dan ibu saudara, dua sepupu dan pembantu rumah warga Indonesia yang ditutup dengan selimut. 

Katanya lagi, kanak-kanak tersebut meninggal dunia akibat sesak nafas, dan kesemua lapan yang terlibat telah ditahan. 

Jiran Buat Aduan Menyangka Rumah Terbakar, Rupanya Ritual Sihir Pemisah

Kalau korang masih ingat lagi, viral pada tahun 2021 di Twitter seorang pengguna berkongsi mengenai sebuah rumah yang menjadi tempat untuk ritual pemujaan terbongkar, hasil aduan daripada jiran. 

Rumah yang disangkakan berapi pada setiap malam itu sebenarnya tempat seorang pemuda menjalani kegiatan bisnes ritual sihir. 

Setelah aduan diterima, pihak berkuasa menyerbu kediaman tersebut dan menjumpai pelbagai jenis barangan yang dipercayai digunakan sebagai sebahagian daripada ritual. 

Selain itu, pihak berkuasa turut menemui darah meleleh merata tempat di dalam rumah tersebut dan menemui beberapa gambar pasangan yang dipercayai menjadi mangsa pemuda tersebut. 

Lebih 100,000 Kes Pengusiran Syaitan, Filem The Pope’s Exorcist Berdasarkan Kisah Benar!

Korang okay tak tu? Kami yang tulis ni pun tengah seram sejuk ni… 

Anyways, alang-alang tengah berkongsi tentang kes ritual ni, korang tahu tak ada satu filem seram yang dihasilkan berdasarkan kisah benar? Kalau nak tahu, jom tengok trailer di bawah ni!

Fuhhh, seram mat! Siapa yang ada bilik bawah tanah tu, korang dah cek betul-betul ke, risaulah kot-kot ada barang-barang mistik atau pernah jadi tempat pemujaan tersorok dalam tu.

Untuk pengetahuan, filem arahan Julius Avery, The Pope’s Exorcist ini diilhamkan daripada kisah benar menerusi fail-fail Father Gabriele Amorth, seorang paderi yang merupakan seorang ketua pengusir syaitan Vatican. 

Menariknya, paderi ini pernah mengendalikan lebih daripada 100,000 kes pengusiran syaitan sepanjang hayatnya dan paderi ini meninggal pada tahun 2016 di usia 91 tahun. Pergh, kalau bercerita pun dah seram, ini kan pula handle beribu-ribu kes exorcist!

Father Gabriele Amorth pernah menulis dua memoir iaitu “An Exorcist Tell His Story” dan “An Exorcist: More Stories” yang mana dalam kedua-dua penulisannya ini, beliau memperincikan pengalamannya memerangi syaitan yang telah mencengkam manusia dalam kejahatan mereka.

Antara barisan pelakon yang membintangi filem seram thriller ini adalah Russell Crowe, Alex Essoe, Franco Nero, Laurel Marsden, Daniel Zovatto, Cornell John, dan Bianca Bardoe. Fuhh, boleh tahan juga! 

Korang rasa adakah Father Gabriele Amorth berjaya menghalau syaitan daripada terus merasuki budak lelaki itu, atau adakah beliau terkorban pada saat akhir pengendalian pembersihan rumah daripada syaitan?

Haa, kalau nak tahu, korang wajib tonton filem The Pope’s Exorcist ini di pawagam berdekatan bermula 6 April ini! Jangan lupa ajak sekali kawan-kawan dan keluarga yang suka tengok cerita seram okay? 

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas