Connect with us

Oh! Media

Individu Dakwa Coldplay Lakukan Ritual Ketika Persembahan Di Malaysia?

Oh! Artis

Individu Dakwa Coldplay Lakukan Ritual Ketika Persembahan Di Malaysia?

Seronok tak pergi konsert Coldplay? Dengar cerita sampai potong rekod konsert Datuk Siti Nurhaliza yang melebihi 75,000 peminat dalam Stadium Nasional Bukit Jalil.

ADVERTISEMENT

Walaupun, konsert itu boleh dikatakan berjaya namun tak semua orang gembira dengan konsert artis antarabangsa ini. Konsert mungkin sudahpun berakhir tapi masih ramai yang mengecam. 

Terbaru, seorang individu mendakwa vokalis kumpulan Coldplay, Chirs Martin ada melakukan satu ritual pemujaan.

Persembahan dari Coldplay, sanggup bersesak redah jammed dan basah kuyup. Kita pun seronok menyembah tanpa sedar perbuatan kita sendiri. Jangan ditegur, melenting puak ni.

Bukan itu sahaja, rata-rata juga menyokong dakwaan individu tersebut dan menasihati agar tidak membuat teguran tersebut kerana risau peminat-peminat yang hadir pada malam itu akan menunjukkan protes dan mengecam pengantar video itu.

Apapun, itu hanyalah dakwaan sebab mungkin itu gimik persembahan mereka yang menyerupai makhluk asing. Nasihat dari kami, kuatkan hati, jaga iman, janganlah terlalu taksub dan memuja sesuatu itu.

Kredit: TikTok

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas