Connect with us

Oh! Media

“Serah Pada Allah” – Nadzmi Adhwa Terima ‘Update’ Terkini Dan Kongsi Perkhabaran Tentang Peserta Yang Ditahan

Ohmedia nadzmi Adhwa Ardell Aryana

Trending

“Serah Pada Allah” – Nadzmi Adhwa Terima ‘Update’ Terkini Dan Kongsi Perkhabaran Tentang Peserta Yang Ditahan

Nadzmi Adhwa resah isteri tercinta, Ardell Aryana masih ditahan Israel. Dia hanya mampu berdoa sambil nantikan khabar terbaru.

Hari penuh debaran buat pelakon Nadzmi Adhwa yang masih ternanti-nanti khabar terbaru mengenai isterinya, Ardell Aryana, yang kini ditahan pihak Israel di lokasi tidak diketahui.

Menurut laporan Kosmo, Ardell antara sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) yang gagal dihubungi selepas kapal mereka diserang rejim Zionis.

Saya tak tidur sejak malam tadi tetapi dalam masa sama menunggu.

‘Call time’ saya pukul 11 pagi, masih menanti kemas kini terbaharu daripada pihak yang berkaitan.

Nadzmi Adhwa minta hentikan sebar berita palsu

Ohmedia nadzmiardelljpg

Dalam masa sama, Nadzmi menegaskan agar orang ramai tidak menyebarkan berita palsu mengenai penyeksaan terhadap aktivis yang ditahan.

IKLAN

Tolong jangan sebarkan info yang salah dan tidak sahih.

Saya menerima khabar bahawa tiada apa-apa penyeksaan atau sebarang tembakan berlaku.

Bawa bertenang dan mari kita teruskan berdoa untuk mereka semua. Allah ada, serah kepada Allah.

Hanya mampu berdoa

Nadzmi Adhwa

Nadzmi mengakui tidak mampu berbuat apa-apa ketika ini selain berdoa agar isterinya selamat.

Jika tidak ditahan sepatutnya sudah boleh hubungi. Apa saya nak buat? Hanya berdoa sahaja.

Beliau turut dimaklumkan oleh Sumud Nusantara Command Centre untuk hadir ke pusat operasi bagi memantau keadaan semasa kapal dinaiki Ardell.

17 sukarelawan Malaysia ditahan

 6264602305848527307 x 1

Setakat ini, laporan daripada Sumud Nusantara Official mengesahkan seramai 17 sukarelawan Malaysia ditahan rejim Israel, termasuk Zizi Kirana, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi.

Difahamkan, kemas kini terakhir Ardell ialah ketika kapal Mikeno yang dinaikinya diserang rejim Zionis.

Pssttt! Dalam menghadapi ujian berat, doa dan kesabaran jadi senjata utama. Kita teruskan sokongan dan doa untuk saudara kita yang berjuang di sana.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas