Seorang lelaki di Rom, Itali bertindak untuk serah diri ke balai polis dan minta untuk dipenjara kerana tidak tahan untuk hidup bersama isterinya di rumah.
Lelaki tersebut lebih rela dipenjara kerana mahu menjalani kehidupan yang lebih tenang setelah dibelenggu dengan pelbagai masalah di rumah.
Kehidupan bagaikan neraka
Menurut Kosmo, lelaki tersebut merupakan warganegara Albania yang berusia 30 tahun. Sebelum ini, dia terlibat dengan kes jenayah berkaitan dadah dan telah diarahkan untuk menjalani hukuman di rumah beberapa tahun lepas.
Dia tinggal di sebuah rumah bersama isteri dan keluarganya. Kehidupan mereka dibelenggu banyak masalah dan dia sudah tidak mampu lagi bersabar dengan kemelut rumah tangganya.
Lelaki itu juga berkata bahawa kehidupannya bagaikan neraka dan dia ingin dimasukkan ke penjara kerana sudah tidak tahan tinggal di rumah.
Disebabkan itu, lelaki tersebut memilih untuk melarikan diri dari rumah dan secara sukarela menyerah diri kepada polis Carabinieri untuk menjalani hukuman penjara. – Kapten Francesco Giacomo Ferrante, pegawai polis Carabinieri.
Pihak berkuasa akhirnya bersetuju dengan permintaan lelaki tersebut kerana dia didapati telah melanggar peraturan tahanan rumah. Polis tempatan juga diminta untuk memindahkannya ke penjara jenayah dan membebaskannya dari isterinya.