Connect with us

Oh! Media

Individu Maki ‘Security’ Ditahan, Rupanya Ada Pelbagai Kesalahan Jenayah?

Trending

Individu Maki ‘Security’ Ditahan, Rupanya Ada Pelbagai Kesalahan Jenayah?

Sebelum ini, tular sebuah insiden membabitkan seorang individu lelaki yang bertindak memaki hamun seorang pengawal keselamatan di sebuah apartment.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Individu Bertekak Dengan ‘Security’ Isu Jaga Anak, Pihak Pengurusan Buka Mulut

Menurut sumber, lelaki itu dikatakan telah meninggalkan anaknya di meja pengawal keselamatan dan menyuruh security untuk menjaganya buat sementara waktu.

Namun, individu itu nekad memaki serta melontarkan kata-kata kesat selepas melihat anaknya tidak terjaga sehingga mencetuskan kekecohan di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, pihak pengurusan apartment tersebut turut tampil menyelar tindakan lelaki itu selain telah melaporkan kepada pihak berkuasa.

Kontrak sewaan individu maki pengawal keselamatan ditamatkan serta-merta

Berhubung dengan kejadian itu, Pengerusi Perbadanan Pengurusan Residensi Awani telah menyatakan perkembangan lanjut mengenai insiden itu menerusi laman Facebooknya.

Menurut kenyataan itu, pihak pengurusan telah pun memberikan notis amaran kepada penyewa serta pemilik selain turut menamatkan kontrat sewaan mereka.

Selain itu, pihak mereka juga telah diberitahu bahawa pasangan suami isteri itu sedang dalam proses berpindah keluar daripada kediaman tersebut.

Sudah ditahan pihak polis, dipercayai ada kesalahan jenayah

Menerusi hantaran itu juga, pasangan penyewa yang terlibat dalam kekecohan itu dilaporkan telah ditangkap oleh pihak berkuasa baru-baru ini.

Hal itu selepas satu waran tangkap telah dikeluarkan oleh pihak polis kepada suspek lelaki kerana didakwa mempunyai pelbagai kesalahan jenayah.

Pada pukul 12 tengah hari, 3 November 2021, satu waran telah dikeluarkan oleh pihak polis ke atas suspek lelaki kerana melakukan pelbagai kesalahan seperti curi dan jenayah lampau.

Selain itu, pasangan penyewa tersebut turut dikatakan kerap berpindah ke merata tempat bagi mengelakkan diri daripada dikesan pihak polis.

Beberapa anggota polis bersama pihak pengurusan hadir ke unit berkenaan dan pasangan tersebut bersama anaknya telah dibawa keluar ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk tindakan lanjut.

Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan juga turut menitipkan nasihat kepada orang ramai agar tidak lagi menyebarkan sebarang video atau maklumat yang tidak sahih.

Hal itu mampu mengganggu siasatan polis dan tindakan pendakwaan boleh dilakukan jika terdapat mana-mana pihak yang menyampaikan berita tidak benar.

Kredit: Facebook Perbadanan Pengurusan Residensi Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas