Connect with us

Oh! Media

Seorang Wanita Dirempuh Kereta Semasa Bantu Mangsa Kemalangan

seorang wanita dirempuh

Trending

Seorang Wanita Dirempuh Kereta Semasa Bantu Mangsa Kemalangan

Seorang wanita yang baik hati mahu membantu mangsa kemalangan di jalan raya Solaria Residences, Jalan Tun Dr Awang, Pulau Pinang, telah maut dirempuh kereta malam kelmarin.

ADVERTISEMENT

BACA: Seorang Lelaki Kemalangan, Disyaki Pengsan Ketika Memandu

Menurut Kosmo, Suhaila Zainol Abidin, 45, telah maut di tempat kejadian kerana cedera parah pada pukul 11.20 malam, kelmarin.

Kereta terbalik akibat hilang kawalan

seorang wanita dirempuh
Kemalangan dua kenderaan (Foto: Kosmo)

Dalam kejadian itu, seorang penunggang motosikal, Faizal Abu Bakar juga telah meninggal dunia. Pemandu kereta dan adik ipar Suhaila dilaporkan telah cedera parah.

Sebelum Suhaila dan adiknya cuba membantu Faizal, motosikal yang dipandu Faizal telah terbabas dan terjatuh di atas jalan raya. Selepas itu, secara tiba-tiba, ada sebuah kereta Proton Wira telah gagal mengelak dan melanggar ketiga-tiga mangsa ini dan terbalik hilang kawalan.

Adik ipar mangsa mengatakan, Suhaila pada waktu itu sedang menunggu di tepi jalan kerana keretanya rosak dalam perjalanan dari Ba­ling, Kedah ke rumahnya di Balik Pulau.

Suaminya telah datang membantu sebelum beredar dari situ bagi mendapatkan khidmat individu untuk membaiki kenderaan.

Namun, sebaik kembali ke lokasi, abang saya mendapati isterinya sudah terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

Adik ipar Suhaila, Nor Azrina mengatakan bahawa Suhaila seorang yang baik hati dan memang suka membantu orang. Sebelum pemergiannya, dia kerap berkata bahawa dia akan pergi jauh dan mungkin tidak dapat berjumpa lagi.

Suhaila meninggalkan dua cahaya mata yang berumur 9 dan 15 tahun. Sesungguhnya, orang yang baik pasti akan ditempatkan dikalangan orang yang baik-baik. Semoga keluarga Suhaila diberi ketabahan atas kehilangannya. Meninggal dalam keadaan membantu orang itu adalah sangat mulia disisi-Nya.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas