Connect with us

Oh! Media

Seorang Lelaki Kemalangan, Disyaki Pengsan Ketika Memandu

pengsan ketika memandu

Trending

Seorang Lelaki Kemalangan, Disyaki Pengsan Ketika Memandu

Seorang lelaki terlibat dalam kemalangan di Taman Jenaris, Kajang disyaki telah pengsan ketika memandu kerana perut kosong.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Kemalangan Basikal Kru TV, Polis Terima Keterangan Pemandu Wanita

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian itu terjadi pada jam 6 petang dan lelaki tersebut memandu Toyota Hilux dalam perjalanan dari arah sebuah pasar raya menuju ke Kajang.

Ujian urin negatif

pengsan ketika memandu
Foto: Sinar Harian

Mohd Zaid berkata, apabila tiba di lokasi kejadian, lelaki tersebut telah pengsan ketika memandu, kemudian dia panik dan terjadilah kemalangan.

Kenderaan tersebut telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza, sebelum melanggar rumah kedai.

Kedua-dua pemandu yang kemalangan itu Alhamdulillah selamat, dan tidak terkena apa-apa kecederaan. Hanya berlaku kerosakan pada kenderaan mereka.

Hasil ujian mendapati lelaki itu tidak memandu di bawah pengaruh alkohol, manakala ujian urin terhadap pemandu itu negatif.

Nasib baik tiada kecederaan yang berlaku. Diingatkan kepada semua pemandu untuk sentiasa berhati-hati, isi perut sebelum memulakan perjalanan. Jangan memandu dalam keadaan yang tidak sihat dan tidak peka okay?

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas