Connect with us

Oh! Media

Seorang Lelaki Tersepit Dalam Nahas Melibatkan Tujuh Kenderaan

Ohmedia 14fb1765 bb69 41d6 8dac ef3606939728

Trending

Seorang Lelaki Tersepit Dalam Nahas Melibatkan Tujuh Kenderaan

Dilaporkan telah berlaku kemalangan di Kilometer 14.4 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) hala ke utara membabitkan tujuh kenderaan.

Pihak Bomba menerima panggilan tentang kemalangan itu pada jam 8.56 malam tadi sebelum mengesahkan seorang lelaki mengalami kecederaan akibat tersepit. 

Mangsa tersepit berjaya dikeluarkan

Ce5f3207 1120 43d7 9c43 0c87a3b47e36
Kredit PLUS Malaysia

Kemalangan itu membabitkan tujuh kenderaan iaitu sebuah Proton X70, Proton Saga, Toyota Camry, Mazda, Perodua Axia dan dua Toyota Hilux.

Terdapat seorang mangsa lelaki tersepit merupakan warga tempatan berusia 36 tahun berada di dalam kereta Toyota Camry dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba.

Seterusnya mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut. 

IKLAN

Kemalangan itu juga telah menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir empat kilometer di laluan tersebut.

Ohmedia 14fb1765 bb69 41d6 8dac ef3606939728

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas