Trending
Seorang Lelaki Terima 10 Dos Suntikan Vaksin Sehari Di Beberapa PPV
Kejadian di New Zealand, seorang lelaki telah dibayar untuk menerima vaksin dan dia didapati menerima 10 dos suntikan vaksin sehari bagi pihak orang lain.
BACA: Warga Emas Di Greece Bakal Didenda Setiap Bulan Jika Enggan Divaksin?
Menerusi laporan Kosmo, pihak berkuasa New Zealand telah menyiasat perkara ini dan ada Professor yang menyifatkan lelaki tersebut sebagai pentingkan diri sendiri.
Menyebabkan kemudaratan kepada mereka yang tak terima vaksin

Astrid Koornneef, Pengurus Operasi Kumpulan untuk vaksin Covid-19 dan program imunisasi di New Zealand menyatakan, Kementerian Kesihatan di sana menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang amat serius selepas menyedari perbuatan lelaki tersebut.
Kami sangat prihatin dengan situasi ini dan sedang bekerjasama dengan agensi yang berkaitan.
Profesor Madya Helen Petousis-Harris, seorang pakar vaksin telah menyatakan tindakan yang dilakukan oleh lelaki ini adalah sangat mementingkan diri sendiri kerana ia mungkin akan menyebabkan kemudaratan serius kepada mereka yang tidak menerima vaksin dan boleh merebakkan lagi virus Covid-19.
Menurut Petousis-Harris, lelaki yang menerima 10 dos vaksin Covid-19 ini tidak akan memudaratkan dirinya dan tidak merbahaya, tetapi dia mungkin akan rasa tidak sihat atas tindak balas imun.
Lelaki tersebut dikatakan telah pergi ke beberapa pusat vaksin dan dibayar untuk menerima suntikan tersebut.
Semoga perkara ini tidak akan berlaku di negara kita la kan? Sanggup dia ambil banyak dos vaksin sehari demi wang ringgit..haih.
Kredit: Kosmo
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM