Connect with us

Oh! Media

Warga Emas Di Greece Bakal Didenda Setiap Bulan Jika Enggan Divaksin?

greece

COVID-19

Warga Emas Di Greece Bakal Didenda Setiap Bulan Jika Enggan Divaksin?

Warga Emas yang berumur 60 tahun dan ke atas di Greece bakal diwajibkan mengambil suntikan vaksin Covid-19.

ADVERTISEMENT

BACA: Dos Penggalak Bakal Jadi Syarat Lengkap Vaksinasi?

Menerusi laman Utusan, Perdana Menteri, Kyriakos Mitsotakis menyatakan denda sebanyak 100 euro, bersamaan RM476 bakal dikenakan secara selang setiap sebulan kepada individu yang enggan divaksin.

Bergelut dengan lonjakan kes Covid-19

greece

Denda sebanyak 100 euro itu akan dikenakan bermula pertengahan bulan Januari 2022. Wang denda itu akan digunakan bagi menampung sistem kesihatan negara yang kini sedang bergelut dengan kenaikan kes Covid-19 ke hospital.

Rakyat yang berumur lebih 60 tahun perlu menempah slot janji temu mereka bagi suntikan dos pertama selewat-lewatnya pada 16 Januari ini.

Mulai sekarang vaksinasi golongan itu adalah diwajibkan. – Kyriakos Mitsotakis

Beliau bakal membentangkan perkara ini ke Parlimen dan berharap penggubal undang-undang akan menyokong tindakan mewajibkan vaksinasi ini sekali gus meluluskannya.

Menurut Utusan, Greece bakal menjadi negara pertama yang menetapkan syarat wajib vaksin bagi golongan tertentu dalam kalangan Kesatuan Eropah.

Semoga usaha yang dilakukan oleh kerajaan ini akan berjaya dan dapat mengekang penularan Covid-19 daripada terus berleluasa.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas