
Trending
Seorang Lagi Individu Bersuara, Mengaku Jadi Mangsa CEO Batu
Penyanyi rap, Caprice ada buat satu pendedahan mengejutkan malam tadi di mana seorang pempengaruh, CEO Batu melakukan ‘seksual grooming’ terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun.
Terbaru! Menerusi Instagram, Caprice berkongsi yang seorang lagi mangsa tampil mengaku telah menjadi mangsa CEO Batu.
Saya ada jugak kena dengan dia, nak tengok bukti tak?
Masanya untuk mangsa lain bersuara

Walaupun ada segelintir netizen yang kata Caprice sepatutnya ‘slow talk’ dengan CEO Batu, tapi perkara ini yang buatkan mangsa-mangsa lain juga tampil bersuara.
Macam yang kita agak, bila post mangsa-mangsa lain muncul. Lampirkan bukti dan buat laporan polis segera” – Caprice
Sebelum ini juga, Caprice ada kongsikan mesej CEO Batu kepada ibu mangsa yang dikatakan merayu agar tidak dilaporkan kepada pihak polis.
Dalam mesej itu, CEO Batu mendakwa dia tersilap hantar gambar yang kononnya diambil untuk teman wanitanya.
Saya merayu sangat kak. Gambar tu sepatutnya saya crop. Tapi saya terlepas pandang… Saya tengah kalut nak shoot video campsite.
