Connect with us

Oh! Media

“Semua Dibenarkan Untuk Rentas Negeri Tapi…” – Ismail Sabri

Ismail Sabri

Trending

“Semua Dibenarkan Untuk Rentas Negeri Tapi…” – Ismail Sabri

Sebelum ini, terdapat laporan yang mengatakan bahawa kebenaran rentas negeri akan diumumkan dalam masa terdekat.

ADVERTISEMENT

BACA : “Pelancong Naik Pesawat Ke Langkawi Tak Perlu Surat Kenenaran Polis” – KJ

Menurut laporan Berita Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengatakan bahawa rakyat dibenarkan untuk merentas negeri apabila negara sudahpun mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.

Katanya lagi, kebenaran pembukaan pusat pelancongan, pulau atau kawasan pelancongan juga akan dilaksanakan selepas kadar vaksinasi pada peratusan sama dicapai.

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini bersetuju membenarkan pembukaan pusat-pusat pelancongan, pulau-pulau atau kawasan pelancongan berserta aktiviti rentas negeri dengan syarat mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang telah dibuat oleh KKM.

Pada 1 Oktober ini, pusat, premis dan produk pelancongan seperti zoo, perladangan, akuarium, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing dan taman rimba, juga dibenarkan beroperasi di semua fasa PPN dengan syarat pengusaha, operator dan pelawat atau pengunjung lengkap divaksin.

Sesiapa yang enggan mengambil suntikan vaksin tu, pergilah ambil segera ya. Ramai lagi dekat luar sana yang nak ambil vaksin, tapi masih tidak dipanggil.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas