Connect with us

Oh! Media

abang tesla

Trending

“Semua Dah Bagi Lengkap, Adakah Berdosa Jika Isteri Tidak Redha, Masih Makan Hati?” – Abang Tesla

Pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Abang Tesla, kini dilaporkan sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah.

Namun, pemergiannya kali ini menimbulkan persoalan kerana tidak disertai oleh kedua-dua isterinya.

IKLAN

“Ajal, rezeki dan jodoh itu semua rahsia Allah” – Abang Tesla

Netizen mula berspekulasi apabila isteri pertama beliau, Nurmajdina, kerap memuat naik semula video dan ayat sedih di akaun TikTok miliknya. Ramai beranggapan rumah tangga pempengaruh ini mungkin sedang bergolak.

abang tesla

Terbaru, Abang Tesla atau nama sebenarnya Khal Iltizam bertanyakan seorang ustaz mengenai nafkah batin iaitu hati dan perasaan seorang isteri.

Jelas Abang Tesla, dia sudah melaksanakan tanggungjawab suami dengan baik termasuk memberi nafkah seperti tempat tinggal, makanan, perubatan dan pakaian.

“Soal hati, untuk terima mungkin isteri akan sedih. Adakah berdosa saya?”

@abg.tesla

Semua saya dah bagi lengkap. Adakah berdosa saya jika isteri tidak redha dan masih makan hati?? jom kita tanya ustaz @NH Holidays travel & tours #abgtesla

♬ original sound – ABG.TESLA – ABG.TESLA

Namun, untuk menerima takdir Allah SWT, hati seorang isteri tidak lari daripada merasa sedih dan kecewa. Soal Abang Tesla, adakah dia berdosa jika mengabaikan soal hati dan perasaan isterinya.

Kenyataan ini menarik perhatian ramai, dengan netizen memberikan pelbagai reaksi. Ada yang memuji kejujuran Abang Tesla kerana berani bertanya mengenai hal agama, manakala ada juga yang berpendapat ia mungkin berkaitan dengan isu dalaman rumah tangganya.

Walau apa pun, ramai berharap pempengaruh ini dapat menyelesaikan segala isu dengan baik, memandangkan tanggungjawab sebagai suami bukan hanya melibatkan perkara zahir tetapi juga aspek emosi dan spiritual.

#OhmediaNasihat

Tidak dinafikan kehidupan berpoligami sangat berat untuk diterima seorang isteri. Oleh itu, seorang suami berperanan penting menjaga hati dan perasaan isteri daripada terus dilukai. Apa-apa pun semoga rumahtangga pempengaruh ini baik-baik sahaja.

abang tesla

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok Abg.Tesla


Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas