Connect with us

Oh! Media

“Semoga Dirimu Dijaga Dengan Baik Oleh Keluarga Mu, Lebih Baik Dari Aku Menjaga Mu” – Siti Rohayu 

Trending

“Semoga Dirimu Dijaga Dengan Baik Oleh Keluarga Mu, Lebih Baik Dari Aku Menjaga Mu” – Siti Rohayu 

Pernah tular di media sosial beberapa tahun lalu mengenai kisah ketabahan Siti Rohayu menjaga suaminya yang koma hampir enam bulan akibat kemalangan jalan raya.

ADVERTISEMENT

Siti Rohayu tanpa putus asa berdoa dan merawat suaminya yang mesra disapa Abi sehingga kini sihat dan boleh berjalan.

BACA: Pernah Viral Suami Terlantar Sakit, Kini Pulih Selepas 5 Tahun

Tetapi, pasangan ini mengejutkan orang ramai apabila dilihat ke Mahkamah Syariah Daerat Besut untuk proses perpisahan mereka.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok itu, Ayu dan Abi dilihat berpimpingan tangan buat kali terakhir masuk ke mahkamah.

Pegang tangan ke mahkamah

@mummy_beauty buat kali terakhir umy ayu bersama abi😭😭😭satu dunia menangis keranamu😭##fypシ #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – officialgtvid

Di Instagram Ayu turut memuat naik foto terakhir ‘berkhidmat’ untuk suaminya. Ayu meminta maaf kalau ada salah dan silap selama mereka bersama.

Ayu berkata keputusan yang diambil ini adalah demi kebaikan semua. Dia berharap keluarga Abi menjaganya dengan baik lebih baik daripada apa yang pernah dia lakukan dulu.

Netizen yang mengikuti kisah mereka dari awal meluahkan rasa sedih dengan perpisahan tersebut. Tak kurang juga yang melemparkan pelbagai kecaman kepada Ayu.

Dah penat berjuang

Kata Ayu, dia rela dipersalahkan di atas apa yang berlaku kerana hanya dia dan suami yang menanggung ujian selama ini.

Keputusan yang dibuat mereka juga tak ada paksaan daripada sesiapa. Ayu yang selesa membahasakan dirinya Umi berkata dia sudah penat berjuang dan rela hati mengundurkan diri.

Semoga Ayu dan Abi tabah dengan dugaan ini. Diharapkan ada hikmah di atas semua yang berlaku ni.

Kredit: Instagram Siti Rohayu | TikTok @mummy_beauty

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas