Syarikat pengurusan haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours, telah menarik perhatian ramai dengan tindakan mulia apabila mengumumkan hasrat untuk menaja seorang lelaki kurang upaya (OKU) mental, isterinya, dan anak lelaki mereka menunaikan umrah.
BACA: Sahabat Dedah Pakcik OKU ‘Best Student’ Di Terengganu
Pengumuman ini dibuat pihak syarikat menerusi hantaran di Facebook. Pengarah Urusan, Haji Ibrahim Mat Sin, menyatakan rasa simpati terhadap keluarga ini selepas kejadian memukul yang melibatkan Ahmad Nor Al Faizan Jusoh di pasar tani baru-baru ini.
“Saya berhasrat hantar beliau, isteri dan anak lelaki” – Pengarah Andalusia
Wakil syarikat juga telah membuat kunjungan ke rumah lelaki kurang upaya (OKU) mental Ahmad Nor Al Faizan Jusoh dan bertemu dengan isteri, Faridah Abdul Karim menyampaikan hasrat murni tersebut.
Ini isterinya kan? Saya hantar pergi umrah la ya? Dengan seorang anak lelaki dalam gambar itu sekali. Jadi pergi umrah bertiga, jaga ayah. Maknanya isteri, suami dan anak lelaki.
Isteri pak cik OKU dilihat sangat terkejut dan berterima kasih dengan rezeki besar yang tidak dijangka itu. Dia berdoa semoga Allah SWT dapat membalas semua kebaikan yang dibuat syarikat terbabit.
6 suspek ditahan
Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan seorang lelaki OKU dipukul di pasar tani. Kejadian dilaporkan berpunca daripada mangsa yang menunggang motosikal secara tidak sengaja melanggar sebuah gerai di pasar tani tersebut.
Setakat ini seramai 6 orang suspek telah ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
#OhmediaNasihat
Bantuan seperti yang dilakukan oleh Andalusia Travel & Tours ini menunjukkan betapa pentingnya sikap prihatin terhadap mereka yang memerlukan.
Tindakan kecil kita boleh memberi impak besar kepada kehidupan orang lain. Ingat, rezeki yang dikongsi tidak akan pernah berkurang, malah Allah SWT akan menggandakan ganjarannya.