Connect with us

Oh! Media

Selipar ‘Muslim Friendly’ Didakwa Timbulkan Kekeliruan, Ini Penjelasan Syarikat Fipper

Trending

Selipar ‘Muslim Friendly’ Didakwa Timbulkan Kekeliruan, Ini Penjelasan Syarikat Fipper

Jenama selipar getah terkenal, Fipper tampil memberi sedikit penjelasan mengenai kekecohan yang tercetus dalam kalangan netizen ketika bekerjasama dengan aplikasi The Noor daripada selebriti terkenal, Neelofa.

ADVERTISEMENT

BACA: “Selipar Aku Tournament Ke?” – Netizen Keliru Neelofa Lancar Selipar ‘Muslim-Friendly’

Terbaru, Fipper menerusi akaun media sosial Facebook dan Instagram telah memuat naik penjelasan dan memohon permohonan maaf secara terbuka kepada mereka yang terkesan dengan perkara tersebut.

Pihak Fipper ingin memberikan penjelasan berkenaan isu ‘muslim friendly’ yang tular di media sosial ketika ini. Produk Slip On, Fipper x The Noor sesuai untuk kegunaan muslimah yang memakai stokin, kerana produk kami sebelum ini kurang bersesuaian dengan imej muslimah yang berstokin seperti yang dinyatakan di dalam press release sebelum ini. Pihak Fipper ingin memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku.

Terdahulu, selipar getah terbaru keluaran Fipper dengan berkolaborasi bersama aplikasi The Noor telah mencetuskan kekeliruan ramai ekoran penggunakan ayat ‘muslim friendly’.

Kredit: Fipperhq

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas