Connect with us

Oh! Media

Selepas Rugi Lebih RM5 Juta, Kini Mydin Lancar Kempen ‘OURDIN’ Bantu Mangsa Banjir!

ourdin

Trending

Selepas Rugi Lebih RM5 Juta, Kini Mydin Lancar Kempen ‘OURDIN’ Bantu Mangsa Banjir!

Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) telah melancarkan kempen OURDIN pada Rabu lepas untuk mengumpul dana buat mangsa banjir di Malaysia.

ADVERTISEMENT

BACA: Mydin Rugi Lebih RM5 Juta Akibat Banjir Tapi Halalkan Mangsa Banjir Pecah Masuk Ambil Barang

Menerusi laporan Awani, usaha Mydin membantu mangsa banjir telah tular di media sosial dan kempen OURDIN yang diberi slogan ‘Bersama Kita Bantu’ ini merupakan satu inisiatif Mydin untuk terus membantu mereka yang memerlukan.

100 peratus hasil jualan akan disalurkan kepada mangsa

ourdin

Mydin mahu menggunakan rantaian bekalan dan logistik mereka dengan sebaiknya untuk mengumpul dana agar rakyat Malaysia boleh sama-sama menghulurkan sumbangan untuk membantu mangsa banjir.

Kami percaya Mydin mampu memainkan peranan membantu mangsa-mangsa banjir, tetapi kami tidak boleh melakukannya sendiri dan memerlukan sokongan semua pihak.

Justeru, melalui inisiatif OURDIN ini, keseluruhan 100 peratus hasil jualan tersebut akan disalurkan kepada mangsa yang terkesan dan memerlukan, di samping menunjukkan solidariti kami bersama seluruh rakyat Malaysia. Rakyat Jaga Rakyat.

Mydin Prihatin kini melancarkan laman sesawang OURDIN untuk membuka peluang kepada orang ramai membantu mangsa banjir dengan membuat pembelian baju T berkolar keluaran Mydin yang berharga RM55.

Penghantaran adalah secara percuma untuk Semenanjung Malaysia, manakala RM15 bagi penghantaran ke Sabah dan Sarawak.

Proses penghantaran akan dilakukan dalam tempoh antara 10 hingga 14 hari bekerja. Kempen bermula 29 Disember 2021.

Jadi, buat rakyat Malaysia yang berminat, bolehlah sama-sama kita membeli sambil menderma buat mangsa banjir dengan membuat pembelian baju T berkolar yang dikeluarkan oleh Mydin ini di laman sesawang tersebut.

Semoga inisiatif yang dibuat ini mampu meringankan beban mangsa banjir di Malaysia.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas