Connect with us

Oh! Media

Warga Kota Tersenyum Dengan Usaha Jadikan Kuala Lumpur ‘Wilayah Bebas Berniaga’, Ini Caranya…

Trending

Warga Kota Tersenyum Dengan Usaha Jadikan Kuala Lumpur ‘Wilayah Bebas Berniaga’, Ini Caranya…

Ini mungkin berita yang baik buat rakyat Malaysia terutamanya yang tinggal di kawasan jagaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) apabila mereka memutuskan untuk memberikan kebenaran kepada semua rakyat Malaysia untuk yang tinggal di kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di sekitar bandar raya.

ADVERTISEMENT

Kebenaran ini akan disegerakan dan akan bermula pada 15 November (Ahad) bagi memastikan mereka yang hilang pekerjaan dapat mencari sumber pendapatan.

Mulai Ahad 15 Nov ini, Kuala Lumpur akan menjadi ‘wilayah bebas berniaga’ …sesiapa yang ingin berniaga tidak kira sepenuh masa atau separuh masa boleh memilih tempat yang sesuai, misalnya depan rumah atau di tepi jalan kawasan perumahan.

Permohonan lesen itu bertujuan untuk makluman dan rekod data DBKL sahaja. Pemohon akan mendapat lesen sementara secara automatik dan kemudian DBKL akan membuat pemantauan. – Kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa juga mengingatkan peniaga untuk memohon lesen perniagaan sementara yang sah selama enam bulan di laman web DBKL, yang ditawarkan secara percuma.

Ini satu langkah yang terbaik dan pasti ianya dapat membantu rakyat yang terjejas di waktu sukar ini.

Seperti yang dimaklumkan pemberian lesen automatik akan diberikan kepada peniaga baru warganegara Malaysia dan akan dipantau. Majlis perwakilan penduduk di setiap kawasan juga akan memainkan peranan mereka memantau situasi ini bagi memastikan tiada warga asing yang mengambil kesempatan.

Kredit: Facebook Tan Sri Annuar Musa

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas