
Trending
Selak Baju Noki Ketika Sesi Temu Ramah, Wartawan Ini Teruk Dikecam Netizen
Oleh
Ahli kumpulan K-Clique, Noki kini tampil dengan badan yang lebih kurus dan ‘sado’ dan difahamkan penyanyi rap itu menurunkan berat badannya bagi menjayakan satu watak dalam filem yang bakal dibintanginya.
BACA: Noki K-Clique Dedah Selalu Terima Mesej Ajak Ke Katil Tiap Kali Tayang Badan Sado
Malah, kecoh mengenai satu berita selepas Noki mendedahkan bahawa dia seringkali menerima mesej yang kurang enak dan kurang sopan oleh warganet selepas dia menurunkan berat badannya.
Wartawan selak baju Noki ketika sesi temu ramah
Terbaru, tindakan seorang wartawan stesen televisyen ketika satu sesi temuramah bersama Noki di malam Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021) menyebabkannya dikecam teruk oleh netizen.
What if the gender switch? 🙃🙃 pic.twitter.com/eNySlB3lGz
— Afiqqqqqqq (@amyrafq_) June 2, 2022
Menerusi video yang dikongsikan seorang pengguna bernama Afiq di Twitter, dapat dilihat wartawan tersebut pada awalnya meminta Noki untuk menayang bahagian atas badannya yang sasa di hadapan kamera tetapi ditolak penyanyi rap itu.
Wartawan itu kemudiannya bertindak luar kawalan apabila dengan sengaja menyelak baju yang dipakai Noki ketika sesi temuramah itu. Dapat dilihat wajah Noki berubah seperti tidak selesa dengan tindakan wartawan sebelum bersoloroh dengan mengatakan wartawan itu nakal.
Kalau lelaki bertindak begitu pasti sudah dikecam teruk
Video yang dikongsikan Afiq itu mendapat respon dari netizen. Rata-rata mereka mengecam tindakan wartawan itu yang sudah melanggar etika kewartawanan.



Untuk info, video tersebut pada awalnya dimuatnaik oleh wartawan itu sendiri menerusi akaun TikToknya namun difahamkan wartawan tersebut telah menukar akaunnya kepada mod privasi.
Kredit: Twitter amyrafq_
