Connect with us

Oh! Media

“Sekali Lagi Saya Minta Maaf, Doakan Saya, Cukuplah Sampai Sini Ya”

Trending

“Sekali Lagi Saya Minta Maaf, Doakan Saya, Cukuplah Sampai Sini Ya”

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menerusi siaran langsung di media sosial menjawab dakwaan dan persoalan yang diajukan beberapa individu mengenai misi kemanusiannya ke Gaza baru-baru ini. Malah, Ebit Lew turut membuat laporan polis menepis dakwaan tidak berasas yang dilemparkan kepadanya.

ADVERTISEMENT

BACA: ‘Saya Guna Duit Sendiri, Nadir Yang Patut Terangkan Mana RM20 Juta Yang Disumbangkan Ke Palestin’ – Ebit Lew

Terbaru, Ustaz Ebit Lew dalam hantarannya memohon maaf kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam isu ini. Beliau berkata, niatnya hanya mahu menjelaskan tuduhan yang dibuat terhadapnya. Beliau juga telah memaafkan semua yang memfitnah dan menjatuhkannya.

Jelas Ustaz Ebit, beliau sentiasa berpesan kepada diri sendiri supaya bersatu hati dan berdoa semoga Allah mengangkat musibah yang telah melanda seluruh negara pada ketika ini.

ebit lew gaza

Bila dua orang berselisih keduanya tidak untung. Tapi yang untung ialah syaitan.

Sekali lagi saya minta maaf. Doakan saya ye.

Cukuplah sampai sini ye. Ya Allah jika ada pahala untuk semua yang berlaku ini saya hadiahkan semua pahalanya buat mak ayah saya- ebitlew

Menurutnya, di kala dua pihak sedang berselisih terdapat ramai orang miskin dan anak yatim yang kelaparan di luar sana. Malah, ramai juga yang hilang kerja dan tempat tinggal akibat wabak yang semakin membimbangkan.

Tambahnya perselisihan yang berlaku hanya menguntungkan syaitan. Oleh itu, dia meminta maaf dan memohon orang ramai mendoakannya.

Kredit: Ebit Lew

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas