Connect with us

Oh! Media

‘Saya Guna Duit Sendiri, Nadir Yang Patut Terangkan Mana RM20 Juta Yang Disumbangkan Ke Palestin’ – Ebit Lew

Trending

‘Saya Guna Duit Sendiri, Nadir Yang Patut Terangkan Mana RM20 Juta Yang Disumbangkan Ke Palestin’ – Ebit Lew

Menerusi IG live pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang berlangsung sebentar tadi, beliau memperjelaskan segala tuduhan berkenaan misi bantuan di Gaza yang dipersoalkan beberapa pihak lain sebelum ini.

ADVERTISEMENT

BACA : (VIDEO) Ebit Lew Tenang Jawab Segala Persoalan Caprice Dan Nadir Al-Nuri

Terdapat tuduhan mendakwa Ebit Lew menggunakan duit sumbangan rakyat Malaysia bagi menjayakan misi bantuan di Gaza baru-baru ini daripada beberapa pihak. Ebit Lew menidakkan kenyataan tersebut dan umumkan bahawa beliau menggunakan duitnya sendiri bagi menanggung segala kos perbelanjaan di sana.

Beliau juga minta jawapan bagaimana RM20 juta hasil kutipan tabung derma yang dikumpul Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-diagihkan kepada rakyat Palestin.

Ramai yang maki saya dan ingat saya bawa duit rakyat Malaysia pergi sana. Sepertimana semua tahu, yang kumpul duit kutipan rakyat Malaysia adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dimana kali ini diketuai oleh Nadir.

Dalam live, Nadir ada beritahu RM20 juta telah dikumpul. Jumlahnya bukan sikit, banyak dia kumpul hasil kebaikan rakyat Malaysia.

Jadi dia tanya saya, patutnya soalan tu dituju kepada beliau dan dia yang patut terangkan mana duit RM20 juta tu. Saya pun bukan nak tanya sebenarnya, tapi ada yang maki saya.

RM20 juta tu setahun, tahun depan RM20 juta lagi dan seterusnya. Banyak NGO kat sana yang baik dan ikhlas, tapi saya tujukan soalan pada Nadir. Ada bukti, resit dan sebagainya?

Apapun, kita tunggu pula penjelasan daripada Nadir berkenaan hal ini dan diharapkan Nadir dapat menunjukkan segala bukti yang dimiliki. Semoga hal ini dapat diselesaikan dengan baik.

Kredit: IG live Ebit Lew

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas