Connect with us

Oh! Media

“Sejujurnya, Saya Terasa..” – Akhiri Perbalahan, Caprice Dan Bekas Pegawai TUDM Bertemu

Trending

“Sejujurnya, Saya Terasa..” – Akhiri Perbalahan, Caprice Dan Bekas Pegawai TUDM Bertemu

Baru-baru ini, kecoh di media sosial selepas seorang bekas pegawai TUDM, Captain Raeiz Hamed bertindak menegur usahawan terkenal, Caprice selepas didakwa memerli angkatan tentera.

ADVERTISEMENT

BACA: “Celah Mana Saya Sindir Dan Kutuk, Tolong Jelaskan” – Caprice

Hal itu selepas Caprice memuat naik hantaran di laman Instagramnya yang seakan-akan berbaur double meaning berkenaan aset petugas keselamatan.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan sendiri oleh usahawan itu selain mengakui dakwaan menyindir tersebut terlalu berat dan mampu mencemarkan namanya.

Menurutnya, posting berkenaan hanya semata-mata ingin menyatakan rasa rindu terhadap hari kemerdekaan yang mana pelbagai aset-aset hebat tersusun setiap tahun.

Mahu akhiri konflik, Caprice dan Bekas Pegawai TUDM akhirnya bertemu

Selepas video tersebut tular, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli telah meluahkan hasrat ingin berjumpa dengan Raeiz Hamed yang juga merupakan seorang YouTuber untuk menyelesaikan isu tersebut.

Selepas beberapa kali gagal dihubungi akhirnya mereka berdua dilihat telah bertemu berdasarkan hantaran terbaharu yang dibuat oleh Caprice.

Salam, Alhamdulillah saudara Raeiz bekas RMAF terima jemputan untuk berdepan hari ni tentang issue Askar, Bomba, Polis, APM, dan YDP Agong.

Menerusi video tersebut, Raeiz telah pun memohon maaf kepada penyanyi itu selepas mengakui kesilapannya dalam menilai sesuatu perkara.

Selain itu, beliau juga turut meminta orang ramai agar berhenti menyebarkan video lamanya agar tidak mengeruhkan lagi isu tersebut.

Akui salah tafsir posting Caprice, dianggap sebuah sindiran

Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram Captain Raeiz pula, dilihat kedua-dua belah pihak telah menerangkan situasi masing-masing termasuklah kejadian sebelum pembikinan video yang tular itu.

Menurut Raeiz, beliau pada mulanya terasa dengan posting Caprice oleh kerana menyangka ia sebagai sebuah sindiran selain mengakui caranya menghadapi situasi itu agak keterlaluan.

Saya mengakui, saya terasa dengan posting tu sebagai sebuah sindiran. Mungkin approch saya keterlaluan, saya nak tekankan perkara ini.

Alhamdulilah, saya belajar banyak daripada Caprice, mungkin korang semua pun salah anggap juga. Tapi bila dia cerita sendiri, banyak yang korang tak tahu.

Mengakhiri video tersebut, mereka berdua dilihat bersetuju untuk tidak lagi memanjangkan isu berkenaan selain menyeru orang ramai agar terus fokus dalam membantu mangsa banjir.

Kredit: Instagram Caprice dan Captraeiz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas