Connect with us

Oh! Media

Segmen 3 Pagi Era Bertukar Wajah, Munabella Dan Namie Ganti Nabil, Azad Dan Radin!

Copy of Untitled Design   2

Trending

Segmen 3 Pagi Era Bertukar Wajah, Munabella Dan Namie Ganti Nabil, Azad Dan Radin!

Selepas kontroversi yang melanda tiga penyampai radio Era FM, stesen radio itu kini menampilkan Munabella dan Namie sebagai pengganti Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin, yang direhatkan sementara.

Munabella sebelum ini dikenali menerusi segmen Chingu Era, manakala Namie pernah mengendalikan Sabtu Pagi Era bersama Hawa Rizwana.

Permohonan maaf daripada Era FM

Era Fm

Menurut laporan mStar, sepanjang siaran segmen ini, Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) turut dikeluarkan sebagai tanda kekesalan terhadap insiden yang mencetuskan kemarahan ramai.

IKLAN

Kami di Astro Audio melahirkan rasa kesal dengan insiden yang telah menyakitkan dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak.

Kami amat menghargai maklum balas, teguran dan nasihat daripada semua serta akan memastikan setiap kandungan yang disiarkan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Fahmi Fadzil minta SKMM siasat

Fahmi fadzil0812 1670501647

Sebelum ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat insiden tular yang memperlihatkan tiga penyampai tersebut menari dengan aksi seolah-olah mempersendakan upacara keagamaan lain.

Berikutan itu, pihak Astro Audio mengumumkan bahawa Nabil, Azad, dan Radin akan direhatkan serta telah membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial rasmi mereka.

#ApaKataOhmedia

Sebagai personaliti awam, setiap kandungan yang dikongsikan perlu menghormati sensitiviti agama dan budaya. Semoga insiden ini menjadi pengajaran buat semua agar lebih berhati-hati dalam berkarya dan berhibur.

Copy of Untitled Design   2

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: p


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas