Trending
“Sebelah Skrin Paparan Quran, Sebelah Lagi Terkinja-Kinja” – Ustaz Dikecam Buat Live Mengaji Tapi Joget
Sebelum ini, seorang ustaz di TikTok dipersoal gara-gara meminta seorang wanita membuka kamera untuk melihat pergerakan bibir ketika mengaji.
Orang ramai mengkritik ustaz yang dikatakan terlalu memaksa sedangkan wanita dalam sesi live itu enggan.
BACA: Cara Pendakwah Ajar Baca Al-Quran Dipertikai, Paksa Pelajar Wanita Buka Kamera Nak Tengok Bibir
Terbaru, tular pula rakaman video pendek disyaki ustaz yang sama berjoget dengan muzik rancak sebelum memulakan sesi mengaji al-Quran.
Apa yang membuatkan netizen kurang senang apabila paparan di skrin menunjukkan ayat al-Quran yang ingin dibaca.
Pengguna aplikasi X dikenali sebagai Sarah memohon pihak berkuasa campur tangan dan menasihati ustaz terbabit.



Di ruangan komen perkongsian, rata-rata netizen turut mengecam tindakan terkinja-kinja yang dikatakan tidak beradab dengan al-Quran.
