Connect with us

Oh! Media

Pelajar Lelaki 17 Tahun Maut Dipukul Rakan Asrama

polis lahad datu

Trending

Pelajar Lelaki 17 Tahun Maut Dipukul Rakan Asrama

Bulan Ramadan bulan yang sangat mulia. Namun hari ini kita dikejutkan dengan kejadian menyayat hati melibatkan seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun yang maut dipukul rakan di asrama.

ADVERTISEMENT

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah asrama kolej vokasional di Lahad Datu, Sabah. Mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri oleh warden asrama pada jam 6.50 pagi.

pelajar

Hasil siasatan mendapati punca kejadian disebabkan perselisihan faham antara mangsa, Muhd Nazmi Aizat dengan penghuni asrama yang lain.

Pemeriksaan selanjutnya mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian tubuh badan mangsa.

Pihak polis mengenalpasti punca kejadian ialah perselisihan faham antara mangsa dengan penghuni asrama yang lain. -KPD Lahad Datu-

Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu dan telah dihantar ke Jabatan Forensik untuk proses bedah siasat.

Justeru itu, Polis telah menahan 13 orang pelajar lelaki berusia lingkungan 16 hingga 19 tahun termasuk satu rampasan alat pengecas telefon pintar dipercayai berkait dengan siasatan kes ini. Kes ini disiasat di bawah seksyen 302 kanun keseksaan.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Kredit: Polis Lahad Datu

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas