Connect with us

Oh! Media

‘Sayonara’ Fujiko A. Fujio, Pencipta Bersama Doraemon Meninggal Dunia

Artis Manga, Fujiko A. Fujio meninggal dunia

Trending

‘Sayonara’ Fujiko A. Fujio, Pencipta Bersama Doraemon Meninggal Dunia

Fujiko A. Fujio yang merupakan artis manga serta pencipta bersama kartun animasi popular Jepun, Doraemon meninggal dunia di usia 88 tahun semalam.

ADVERTISEMENT

BACA: “Sedih Lihat Ada Kemungkaran Namun Ramai Berdiam”- Ustazah Asma’ Teruk Dikecam Peminat Justin Bieber

Fujiko yang turut terkenal dengan hasil karya yang bertajuk “Ninja Hattori” itu menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya yang terletak di daerah Kawasaki, Kanagawa, Jepun.

Rebah sebelum meninggal dunia

Menurut laporan berita Jepun yang diterjemah SoraNews24, Fujiko atau nama sebenarnya Motoo Abiko dilaporkan rebah kira-kira jam 8.40 pagi di kediamannya.

Walau bagaimanapun, pihak polis melaporkan bahawa Fujiko telahpun meninggal dunia sebaik sahaja mereka tiba di lokasi kejadian.

Doraemon trending di Twitter

Berita kematian Fujiko ini mendapat respon dari peminat di seluruh dunia. Rata-rata mereka mengucapkan takziah dan turut mengimbau kembali kenangan menonton kartun animasi Doraemon sewaktu kecil.

Fujiko A. Fujio sebelum ini bekerjasama dengan Hiroshima Fujimoto atau lebih dikenali sebagai Fujiko F. Fujio untuk menghasilkan karya yang berjudul Doraemon.

Untuk makluman, Hiroshima Fujimoto telah meninggal dunia pada tahun 1996.

Kami di Oh! Media mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Fujika A. Fujio atas pemergiannya semalam.

Kredit: SoraNews24

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas