Connect with us

Oh! Media

“Sedih Lihat Ada Kemungkaran Namun Ramai Berdiam”- Ustazah Asma’ Teruk Dikecam Peminat Justin Bieber

Ohmedia ustazah asma

Oh! Artis

“Sedih Lihat Ada Kemungkaran Namun Ramai Berdiam”- Ustazah Asma’ Teruk Dikecam Peminat Justin Bieber

Baru-baru ini, pendakwah wanita yang dikenali ramai iaitu Ustazah Asma’ Harun ada memberi teguran pada peminat yang ingin pergi ke konsert penyanyi luar negara, Justin Bieber supaya tidak mudah terpengaruh dengan hal-hal seperti itu.

BACA: Tiket Konsert Justin Bieber Habis Terjual Dalam Masa 3 Jam. Tiket Dijual ‘Reseller’ Tak Boleh Pakai?

Selepas memberi teguran ‘pedas’ itu, Ustazah Asma’ mendapat kecaman dari orang ramai terutamanya dari kalangan peminat, namun tidak diendahkan.

IKLAN

Tidak mendiamkan diri, beliau berkata segala teguran yang diluahkan sebelum ini hanya untuk lindungi anak-anak daripada lalui jalan yang salah.

Tambahannya lagi, dirinya bukan saja dikecam dari kalangan muda saja, malah ibu bapa turut melemparkan kata-kata pedih seperti berkata duit yang digunakan untuk beli tiket konsert itu bukanlah menggunakan duit Ustazah Asma’.

Sekadar info, penyanyi popular berasal dari Kanada itu akan melangsungkan konsert unggulnya buat sekian lama di Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada tanggal 20 Oktober. Difahamkan tiket konsert yang dijual pada Khamis lalu habis terjual hanya dalam masa tiga jam saja.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas