Connect with us

Oh! Media

“Saya Tak Pernah Culas Nafkah” – Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar

Ohmedia mahkamah

Trending

“Saya Tak Pernah Culas Nafkah” – Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar

Wan tampil nafikan dakwaan culas nafkah selepas bekas isteri terjah majlis nikah.

Baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman video memaparkan seorang wanita menerjah majlis pernikahan bekas suami untuk menyerahkan surat mahkamah.

Dalam rakaman itu, bekas isteri mendakwa bekas suaminya tidak hadir ke prosiding ditetapkan tanpa sebab munasabah.

BACA: Wanita Terjah Majlis Nikah Bekas Suami, Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka

IKLAN

Terbaru, bekas suami dikenali sebagai Wan tampil menceritakan situasi di pihaknya.

Menurut Wan, mereka sudah bercerai selama dua tahun dan dalam tempoh tersebut pelbagai perkara dimuat naik bekas isteri di media sosial.

Kali ini dia perlu tampil mempertahankan diri kerana mendakwa bekas isteri sudah melampaui batas.

Nafkah

Setelah saya teliti di sosial media, katanya dia buat lima saman terhadap saya cuma yang saya tanda tangan semalam hanya dua saman iaitu yang pertama tunggakan nafkah isteri sebanyak RM33k. Dan satu lagi dokumen permohonan untuk menaikkan nafkah anak.

Untuk menaikkan nafkah anak, bekas isteri dikatakan menuntut bayaran RM1,500 sebulan bagi setiap anak menjadikan jumlah dua anak RM3,000 berbanding RM900 untuk dua anak sebelum ini.

Jelas Wan, mengenai tunggakan nafkah isteri kes itu sebenarnya sudah selesai sama seperti tiga kes yang dilaluinya sebelum ini iaitu kes nafkah anak, nafkah iddah dan tuntutan nafkah isteri.

Nafkah

Ujarnya, ketiga-tiga kes selesai pada November 2024. Mengenai nafkah anak pula, mahkamah memutuskan RM900 untuk dua orang anak dan dia tidak pernah culas membayarnya sehingga kini.

Jadi, untuk kata ada culas nafkah itu tidak betul. Saya akan kepilkan sekali resit setiap bulan tanpa miss RM900 yang ditetapkan mahkamah.

Mengenai kes tunggakan nafkah isteri pula, Wan berkata kes itu sudah digugurkan disebabkan serahan dokumen yang disyaki tidak lengkap.

Sebab itu kot dia tak puas hati, tak dapat tuntut RM33k. Dia ambil konteks tunggakan nafkah pula sekarang. Tak apa, saya akan bagi kerjasama penuh. Saya akan datang tak ada masalah.

Wan berkata lagi, dia telah membuat laporan mengenai kes ceroboh majlis nikah dan menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa.

Jelasnya, isu yang tular telah menjejaskan kerjayanya termasuk kerjaya isteri. Dia menafikan dakwaan culas nafkah seperti yang dikatakan dalam video tular.

Video penuh:

@wanssuk

Saya manusia biasa. Saya juga ada hati, perasaan, dan maruah. Selama ini saya memilih untuk diam demi menjaga keharmonian dan nama baik semua pihak. Namun apabila maruah saya dan keluarga dipijak, saya tidak boleh terus berdiam diri. Diam bukan bererti salah. Segala yang saya nyatakan hari ini bukan untuk membuka aib sesiapa, tetapi untuk menjelaskan fakta sebenar. Cukuplah fitnah dan tohmahan yang dilempar tanpa usul periksa. Saya hanya mahu kebenaran ditegakkan dan maruah keluarga saya dipulihkan. Saya percaya, kebenaran mungkin lambat, tetapi ia tidak akan hilang. Dan hari ini, saya berdiri dengan yakin bukan kerana ingin menang, tetapi kerana saya tidak mahu terus dipijak dalam diam.

♬ original sound – Wanns – Wanns

Pssttt! Dalam isu seperti ini, sebaiknya kedua-dua pihak memilih jalan tenang dan profesional, bukan membuka aib di media sosial.

Kredit: TikTok Wanssuk
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas