Connect with us

Oh! Media

“Saya Sendiri Beratur Apabila Ke Masjid Di Putrajaya” – Timbalan Menteri Agama

Trending

“Saya Sendiri Beratur Apabila Ke Masjid Di Putrajaya” – Timbalan Menteri Agama

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata semua pihak dilayan sama rata dalam tempoh pandemik Covid-19 dan tiada mana-mana golongan diberi kelebihan untuk memasuki masjid bagi bersolat jemaah.

ADVERTISEMENT

BACA: Viral Video Dakwaan VIP Diberi Layanan Istimewa, Ini Penjelasan Masjid Putra

Dalam laporan Harian Metro, beliau berkata kerajaan tidak mengamalkan pilih kasih dan tiada golongan atasan atau ‘kayangan’ mendapat kelebihan untuk ke masjid.

timbalan menteri agama
Foto: Harian Metro/Hazira Ahmad Zaidi

Katanya lagi, semua pihak harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dan akur dengan had jemaah bagi sesebuah masjid.

Saya sendiri pun beratur apabila ke masjid di Putrajaya dan ada tempat yang perlu kita patuhi seperti mana orang ramai.

Yang paling penting (bagi jemaah) yang hendak ke masjid, perlu (datang) awal untuk mengambil tempat yang sesuai.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan pengurusan masjid supaya mempunyai budi bicara dan tidak hanya melayani kumpulan tertentu dalam menentukan kehadiran jemaah.

Tambah beliau lagi, SOP kehadiran ke masjid diperbaharui mengikut perkembangan Pelan Pemulihan Negara. Malah sangat penting untuk negara mencapai imuniti kelompok untuk mengurangkan risiko penularan virus sebelum membenarkan lebih ramai orang ke masjid.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

30 Hari Paling Trending

To Top