Connect with us

Oh! Media

Trending

“Saya Percaya Kepada Rakyat Malaysia..” – Khairy Jamaluddin

Tak sampai 1 peratus pun lagi negara kita akan mencapai 90 peratus populasi dewasa dan mungkin beberapa hari sahaja lagi kebenaran untuk merentas negeri akan dilaksanakan.

BACA : “Tiada SOP Baru Untuk Rentas Negeri” – Khairy Jamaluddin

IKLAN

Menurut laporan Kosmo, ini merupakan sesuatu perkara yang tepat. Sekiranya kita ingin mencapai 90 peratus jumlah dua dos vaksin, mungkin ianya akan mengambil masa yang lama sehingga pertengahan 2022 dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Perkara itu juga sangatlah sukar dicapai dalam waktu yang singkat kerana negara kita mempunyai sekitar 20 peratus golongan kanak-kanak yang masih belum mendapatkan sebarang vaksin.

Saya ingin dan saya perlu percaya kepada rakyat Malaysia… kalau sekiranya kita sampai bila tak bagi mereka merentas negeri, ini akan menyumbang kepada pelbagai masalah. Masalah tekanan mental, tekanan emosi. Ada ramai yang dah sampai setahun tidak dapat berjumpa ibu bapa dan keluarga mereka.

… sebab itu kita letak paras 90 peratus dan kita rasa ini adalah paras yang kita rasa selesa untuk kita buka sempadan negeri. Saya harap yang akan balik berjumpa dengan ibu bapa yang sudah berusia tua boleh lah melaksanakan tindakan-tindakan yang proaktif seperti buat ujian kendiri dan sebagainya.

Sekiranya kebenaran rentas negeri dilaksanakan nanti, jangan lupa untuk mematuhi SOP yang telah ditetepkan ya. Apapun, semoga kita semua dijauhkan dari wabak yang melanda ini.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas