Connect with us

Oh! Media

“Tiada SOP Baru Untuk Rentas Negeri” – Khairy Jamaluddin

SJR

Oh! Tidak

“Tiada SOP Baru Untuk Rentas Negeri” – Khairy Jamaluddin

Kebenaran rentas negeri yang akan diumumkan dalam beberapa hari saja lagi tidak akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) yang baru.

ADVERTISEMENT

BACA : “Beberapa Hari Lagi Rentas Negeri Dibenarkan..” – Noor Hisham

Menurut laporan Berita Harian, kerajaan tidak akan mewajibkan pelaksanaan ujian kendiri kepada individu yang belum atau menolak vaksin untuk merentas negeri dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Cadangan mewajibkan ujian kendiri sukar untuk dilaksanakan. Apa yang diharapkan kerajaan adalah kejujuran dan tanggungjawab dari semua pihak sahaja bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga apabila merentas negeri nanti.

Kita dah kaji cadangan itu tapi tiada cara untuk kuat kuasakannya. Takkan nak laksana sekatan jalan raya untuk periksa setiap individu, kerana rakyat akan marah jika jalan sesak sedangkan mereka sudah tunggu lama untuk rentas negeri.

Ini tidak seperti gelembung pelancongan di Langkawi kerana jumlahnya tidak ramai. Ini (rentas negeri) babitkan jalan keluar masuk di semua negeri, mustahil untuk kita periksa semua.

Apapun, jangan pentingkan diri. Sama-sama kita berusaha untuk jauhkan diri dari wabak ini semampu yang boleh untuk diri sendiri dan juga orang tersayang.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top