Connect with us

Oh! Media

‘Saya Nak Kejar Solat Jemaah’ – Lelaki Alami Perubahan Selepas Tukar Pekerjaan Jadi Pemandu E-Hailing

Trending

‘Saya Nak Kejar Solat Jemaah’ – Lelaki Alami Perubahan Selepas Tukar Pekerjaan Jadi Pemandu E-Hailing

Setiap individu pasti mempunyai jalan cerita hidup masing-masing dan terpulang kepada individu berkenaan untuk memilih jalan hidup mereka tersendiri. Macam yang berlaku terhadap seorang lelaki ini dia sanggup untuk berhenti kerjanya yang lama dan beralih sebagai pemandu e-hailing.

ADVERTISEMENT

Kisahnya bermula apabila seorang doktor yang dikenali sebagai  Redza Zainol berkongsi di akaun Facebook miliknya dimana dia menaiki kereta yang dipandu oleh pemandu berkenaan dan berasa sebak apabila mendengar cerita daripada pemandu itu. Dia menceritakan sedikit latar belakang dirinya yang mengatakan dia tidak cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sebab itu dia hanya bekerja sebagai pemandu e-hailing.

Gambar Hiasan

Saya ni tak pandai sangat tuan. Sekolah sampai SPM. Dapat pangkat 4. Itu yang rezeki saya takat bawa Grab.

Mendengar luahan pemandu yang berusia 50 tahun itu, doktor berkenaan terus menceritakan yang dia juga mempunyai kawan yang belajar hanya biasa sahaja tapi ada kemahiran melukis dan dengan izin Tuhan rezekinya melimpah ruah. Doktor Redza juga ada bertanya soalan mengenai keluarga pemandu itu.

Bang ada isteri anak-anak?

Lantas dijawab, dia mempunyai seorang yang baru sahaja habis belajar universiti dan tak lama lagi akan masuk kerja manakala seorang lagi baru sahaja habis SPM.

Doktor Redza juga berkata itu juga merupakan satu rezeki kerana menurutnya ada ibubapa yang mempunyai anak baru berumur tiga tahun tetapi ada penyakit dan meninggal dunia.

Namun, Doktor Redza menjadi terkejut apabila pemandu berkenaan memberitahu apa sebab dia bertukar pekerjaan menjadi pemandu e-hailing.

Saya ni bawa Grab sebab dah lama tak solat jemaah.

Menurutnya, pekerjaan sebelum ini memang membolehkan dia untuk menunaikan solat tapi bukan berjemaah.

Gambar Hiasan

Dulu saya bertahun kerja buat murtabak. Memang dapat solat tapi jarang betul dapat solat jemaah. Saya rindu sangat nak solat jemaah

Sampai 1 hari tu saya jumpa bos saya dan minta berhenti kerja.

Doktor Redza juga bertanya apakah tindakannya itu dipersetujui oleh isterinya.

Mula-mula isteri saya tak setuju. Dia kata dah elok kerja kat kedai, tiba-tiba nak bawa teksi. Tapi saya cakap kat dia niat saya sebab nak solat jemaah.

Dia bertukar pekerjaan kerana niat untuk solat jemaah dan berkat niatnya itu selama tiga tahun dia jadi pemandu belum pernah tinggal solat jemaah dari Subuh hingga Isyak setiap hari. Bukan itu sahaja, dia berpeluang untuk sampai masjid pada waktunya dan berzikir selepas solat.

Rezeki tidak pernah salah alamat, dia juga berpeluang untuk membeli satu buah rumah dan ditukarnya menjadi homestay. Dengan beralih pekerjaan, dia juga dapat meluangkan masa bersama keluarganya kerana ‘bebas’ tanpa terikat pada mana-mana pihak.

Kalau isteri nak ajak saya kemana-mana, saya terus je cuti. Senang. Tak ada apa nak dikejar dah, yang nak dikejar cuma tinggal 1 je. Saya nak kejar solat jemaah.

Perkongsiannya itu membuatkan ramai yang tersentuh dan mampu memberi pengajaran dan pemgalaman kepada orang lain.

Kredit : Facebook Redza Zainol

+Baca respon pembaca di Facebook Oh!Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas