Connect with us

Oh! Media

“Saya Maksudkan Pemain Tengah Kami, Pemain Pertahanan Kami” – Mo Salah

Befunky collage 1

Trending

“Saya Maksudkan Pemain Tengah Kami, Pemain Pertahanan Kami” – Mo Salah

Kenyataan yang dibuat Mohamed Salah sejurus selepas tamat perlawanan disalah ertikan dan dianggap tidak profesional oleh sesetengah pihak.

BACA: “Hidup Sebagai Pemain Bola, Bila Menang Semua Indah Kata-Kata”

Kenyataan yang dibuat salah itu disalah ertikan dan dianggap tidak profesional kerana mengatakan pemain-pemain Manchester United memudahkan Liverpool untuk menyerang.

IKLAN

Di bahagian tengah, mereka membuatkan kami lebih mudah. Kami berjaya mengekalkan clean sheet di sini dan di sana [Old Trafford]. Kami mendapat gol pertama, kami mahukan gol kedua dan ketiga.

Tampil membuat penjelasan

Mo Salah menerusi akaun Twitternya tampil menjelaskan maksud sebenar apa yang dia cuba untuk sampaikan selepas kenyataannya itu disalah ertikan beberapa pihak serta melabelnya sebagai tidak professional.

Saya memaksudkan pemain tengah kami, pemain pertahanan kami, mereka yang memudahkan kami.

Saya bukan bercakap tentang pemain pemain Manchester United yang saya hormati.

Perlawanan seteru utama di antara Liverpool dan Manchester United pada pagi rabu menunjukkan keputusan memihak kepada Liverpool yang menewaskan Manchester United dengan jaring 4-0.

Gol-gol Liverpool dijaringkan oleh Luis Diaz, Mohamed Salah dan Sadio Mane.

Kredit: Twitter Mohamed Salah | Vocket FC

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas