Connect with us

Oh! Media

“Saya Maafkan Semua” – Sedih Difitnah Tali Barut Dan Penunggang Agama, Ustazah Asma’ Menangis Dalam Live

Trending

“Saya Maafkan Semua” – Sedih Difitnah Tali Barut Dan Penunggang Agama, Ustazah Asma’ Menangis Dalam Live

Penceramah bebas, Ustazah Asma’ Harun merupakan salah seorang penceramah yang aktif memberikan nasihat di media sosialnya.

ADVERTISEMENT

Ustazah Asma’ banyak mengulas mengenai isu semasa atau perkara viral yang berlaku untuk manfaat semua. Beliau juga aktif ke majlis ilmu yang turut dihadiri ramai orang tanpa mengira status.

Terbaru, ustazah menjelaskan mengenai kritikan yang diterimanya gara-gara bergambar dengan anak Presiden UMNO Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid iaitu Nurulhidayah.

@wawaygmanis1601hijab Jgnla kita terpedaya dgn hasutan Fitnah#IniZamanFitnah#SemogaAllahLindungiKitaSemua #SayangUstazah#fyp ♬ original sound – wawaygmanis1601

Jelas ustazah, selepas menyampaikan ceramah beliau akan menyantuni semua jemaah sehingga jemaah terakhir. Gambar bersama individu itu diambil selepas satu majlis ilmu. Anak Datuk Seri Zahid Hamidi datang perkenalkan diri dan mahu mengambil gambar.

Saya dikata tali barut, penunggang agama, penjual agama.

Malah, gambar dengan Ifa Raziah turut menjadi modal kepada netizen mengkritiknya sehingga ada yang menggelarnya dengan pelbagai nama binatang.

@juesinar

semoga ustzah trus tabah hadapi ujian akhir zaman…Allah uji sbb Allah syg@USTAZAH ASMA HARUN.

♬ original sound – NAUFAL ISA (نوفل) 🇲🇾

Tak dapat tahan sebak, ustazah dilihat menangis tidak berhenti dan dia cuba mengawal situasi itu daripada berlarutan.

Beliau dinasihati rakan supaya menerima kenyataan bahawa dunia kini berada di akhir zaman dan kita berada di zaman kerosakan akhlak.

@dillahussin jangan sedih ustazah, ini lah jalan orang berjuang #ustazahasmaharun #islamituindah #sedih #pejuang #dakwah #maafkan #fitnah #akhirzaman ♬ Selawat Nabi Muhammad Saw – N.I.A

Meskipun begitu, tetap ada orang yang ikhlas menerima kebaikan dan beliau perlu kuat. Beliau juga memaafkan semua dan langsung tidak menyimpan di dalam hati.

Beliau tidak akan menuntut apa-apa di dunia dan akhirat meskipun beliau sebenarnya boleh mengambil tindakan undang-undang.

Iyalah kalau bukan ustazah yang beri nasihat, siapa lagi kan? Semoga kita semua dapat berubah ke arah kebaikan.

Kredit: TikTok @dillahussin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas