Connect with us

Oh! Media

“Saya Hanya Jurulatih Kecil” – Pan Gon Akui Kemenangan Skuad Negara Kerana ‘Pemain Berpotensi’

pan gon

Trending

“Saya Hanya Jurulatih Kecil” – Pan Gon Akui Kemenangan Skuad Negara Kerana ‘Pemain Berpotensi’

Kim Pan Gon, ketua jurulatih kebangsaan mengatakan dirinya hanyalah seorang jurulatih kecil, walaupun berjaya membawa Malaysia layak ke saingan Piala Asia 2023.

ADVERTISEMENT

BACA: “42 Tahun Kot, Bagi Lah Cuti” – Malaysia Layak Ke Piala Asia, Netizen Minta ‘Cuti Peristiwa’

Menerusi laporan Metro, Pan Gon menyatakan, kemenangan bersejarah skuad Harimau Malaya adalah kerana sokongan yang tidak putus oleh semua pihak.

Semua melakukan tugas dengan baik

pan gon

Saya hanyalah jurulatih kecil, saya datang ke sini meminta semua pihak membantu dan juga mendapat sokongan khas daripada pasukan-pasukan Liga Super.

Dengan FAM saya banyak permintaan, saya tahu ia agak sukar buat mereka tapi beliau (presiden) cuba sedaya upaya untuk memenuhinya.

Seperti kem latihan, kami banyak menambah baik dari segi infrastruktur, kami dapat yang terbaik. Saya tidak melakukan apa-apa, semua yang terbabit melakukan tugasan mereka dengan baik.

Pan Gon juga mengatakan beliau menjadikan kejayaan Johor Draul Ta’zim (JDT) layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-juara AFC pada April lalu sebagai inspirasi untuk menyempurnakan tugasnya.

Saya dapat lihat ramai pemain berpotensi yang bagus, ini yang dilakukan oleh bola sepak Malaysia, bukan saya.

Menurutnya juga, jika Malaysia tidak mempunyai asas bola sepak yang kukuh, mesti sukar untuknya melaksanakan tugas yang diberikan untuk layak ke Piala Asia dan memenangi piala AFF akan datang.

Kredit: Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas