Trending
“Saya Dapat Rasa Getar Bila Bersama” – Abang Tesla Jumpa Isteri Kedua Di Instagram
Oleh
Abang Tesla atau nama sebenarnya Mohammad Khaliltizam Yusri baru-baru ini dikecam teruk selepas memuat naik video berpelukan dengan isteri pertama beberapa jam sebelum bernikah baru.
Usahawan ini menimbulkan kemarahan ramai apabila mengeluarkan kenyataan berkata, isteri pertama untuk dihargai manakala isteri kedua untuk dicintai.
BACA: “Isteri Pertama Untuk Dihargai, Isteri Kedua Untuk Dicintai, Orang Ini Bodo!” – Ustaz Azhar Idrus
Terbaru, Abang Tesla menerusi temu bual eksklusif bersama Gempak memberitahu dia berkenalan dengan isteri keduanya, Nursyafiqa Mohd Hanafi di Instagram.

Kami berkenalan melalui Insta Story. Dia hantar lagu kepada saya. Kami kenal begitulah.
Selepas enam bulan mengenali hati budi, mereka akhirnya disatukan pada 18 Ogos lalu dengan restu seluruh ahli keluarga.
Kal juga telah menyediakan sebuah rumah kediaman buat isteri kedua berusia 22 tahun itu di Johor Bahru.
Saya dapat rasa ‘getar’ bila bersama, susah nak cakap. Yang penting keluarga restu, saya pun berkahwin dengan cara yang betul.
Sedar dirinya mendapat kritikan ramai, Abang Tesla berharap orang ramai dapat mendoakan kebahagiaan rumah tangganya.

Sementara itu, isteri pertamanya, Nurmajdina berkata dia dan suami sudah 15 tahun bersama sejak dari bangku sekolah.
Mereka sudah biasa bersama ke mana sahaja dan mustahil untuknya secara tiba-tiba hidup tanpa suami.
Buat masa ini, Allah SWT memberikan hatinya ketenangan dan reda dengan keputusan suami untuk bernikah lagi.
Kredit: Astro Gempak
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
