Connect with us

Oh! Media

Saksi Mengaku Tidak Curang Selepas Hantar Gambar Payudara Pada Ebit Lew

Ohmedia img 9964

Trending

Saksi Mengaku Tidak Curang Selepas Hantar Gambar Payudara Pada Ebit Lew

Seorang pengadu yang merupakan saksi kesembilan dalam kes Ebit Lew mengatakan kepada mahkamah Tenom bahawa dirinya tidak berlaku curang pada suami dan gambar payudara yang diberikan kepada Ebit Lew dilakukannya secara tidak rela.

Dalam sesi pemeriksaan balas oleh peguam, Datuk Ram Singh, pengadu bersetuju dengan soalan dari peguam itu bahawa dirinya bersalah kerana menunjukkan sesuatu yang peribadi kepada orang yang tidak diketahui.

Saya beritahu suami saya bagi gambar itu, Ebit Lew terlalu meminta. Saya tidak sedar saya terikut arahan dia.

Bila sedar dan marah Ebit Lew, saya bagitahu suami. Suami memang marah, masa itu dia tunjuk marah kepada Ebit Lew tapi tidak tahu tunjuk cara bagaimana mahu jumpa Ebit Lew. Masa itu dia betul-betul marah.

Ohmedia img 9965

Selain itu, saksi juga turut memaklumkan sudah menyekat Ebit Lew di telefon, namun pendakwah itu hubungi beliau di Instagram.

IKLAN

Ya, sebab saya sekat di telefon, Ebit Lew hubungi saya di Instagram saya. Dia mesej di Instagram juga jadi saya nyahsekat dan saya marah minta jangan buat lagi.

Mahu jadi kawan boleh, kawan yang saya ada suami dan anak tetapi dia tidak peduli semua itu dan tetap dengan teks lucah.

Untuk pengetahuan korang, Ebit Lew berhadapan dengan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Ohmedia img 9964

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: – Sinar Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas