Trending
“RXZ RM100k Siasat Tengok” – Founder Farhana Zahra Berang Dituduh Jual Dadah
Founder dari Kelantan, Farhana Zahra berang dituduh menjual dadah sedangkan sudah 9 tahun bisnes.
Pempengaruh media sosial dan usahawan popular, Farhana Zahra akhirnya bersuara lantang selepas didakwa menjana kekayaan hasil daripada aktiviti haram, termasuk tuduhan berat sebagai ‘penjual dadah’.
BACA: Usahawan Kelantan Habiskan RM1 Juta Untuk Hari Jadi Anak, Hadiahkan Vellfire Dan Jam Rolex
Dalam kenyataannya di Facebook, Farhana atau lebih mesra dipanggil ‘Cikna’ menegaskan bahawa segala kejayaan yang dikecapinya adalah hasil usaha keras selama sembilan tahun dalam dunia perniagaan, bukan daripada sumber tidak halal seperti yang dituduh.
“Cikna takkan patah balik!” – Cikna ambil tindakan undang-undang

Menurut Cikna, dakwaan itu benar-benar mengguris hatinya apatah lagi melibatkan maruah dan reputasinya sebagai usahawan.
Cikna penat-penat selama 9 tahun tubuhkan syarikat cikna… tapi bila cikna dituduh JUAL DADAH, agak terkesan di hati ini.
Dalam kenyataan lain, Farhana menegaskan dia menjalankan perniagaan yang sah, malah membayar zakat dan cukai seperti yang diwajibkan.
Kami pembayar zakat, kami pembayar cukai… semua pendapatan kami declare kepada LHDN, setiap statement bank kami declare.
Beliau turut menyeru pihak polis untuk menyiasat dan membuktikan sama ada perniagaannya benar-benar bersih atau sebaliknya.
Cikna turut memberi amaran bahawa jika tuduhan tersebut berterusan, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.
Difitnah Kelantan founder ‘pil kuda’

Difahamkan, dakwaan ini timbul susulan penangkapan beberapa individu dari Kelantan yang didakwa mengedar dadah.
Individu tersebut hidup mewah berselindung di sebalik perniagaan kosmetik, restoran dan salun untuk mengaburi mata pihak polis.
Pssttt! Fitnah bukan sahaja boleh menjatuhkan reputasi seseorang, malah boleh menghancurkan usaha yang dibina bertahun-tahun. Semoga isu ini menjadi peringatan buat kita semua supaya tidak menuduh sembarangan tanpa bukti.
Kredit: Facebook Farhana Zahra
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM