Connect with us

Oh! Media

RX-Z Members 6.0: Polis Banyakkan Sekatan Jalan Raya, Tiada Istilah ‘Pukat’

Ohmedia rxz Members 60

Trending

RX-Z Members 6.0: Polis Banyakkan Sekatan Jalan Raya, Tiada Istilah ‘Pukat’

Seperti tahun-tahun sebelum ini, program RX-Z Members sekali lagi akan diadakan di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

Program yang dijadualkan berlangsung pada 13 dan 14 September 2024 tersebut akan disertai oleh kira-kira 80,000 peserta dari seluruh negara.

Susulan itu, pihak polis akan menambah sekatan jalan raya (SJR) di daerah ini untuk memastikan peserta mematuhi undang-undang ditetapkan seterusnya menjaga ketenteraman awam.

IKLAN

Bukan itu je, anggota juga akan membuat rondaan di setiap daerah pada waktu siang dan malam terutama di kawasan-kawasan perumahan.

Manakala SJR hanya akan dibuat di lokasi berbeza di bandar Kuala Terengganu.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin dalam sidang media berhubung program RXZ Members 6.0 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.

Pihaknya tidak menggunakan istilah ‘pukat’ namun akan mengadakan SJR rutin dan tugasan penguatkuasaan undang-undang seperti yang termaktub.

Seramai 101 pegawai dan anggota polis serta 50 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditugaskan sepanjang program berkenaan.

Jelas beliau lagi, penugasan serta perancangan ini dibuat demi memastikan aliran trafik dan keselamatan di tapak program berjalan lancar.

Beliau juga memberi jaminan kejadian ‘pukat’ tidak akan berulang dan berharap semua peserta dapat mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Namun, sekatan jalan raya di kawasan-kawasan ‘hot spot’ akan dilakukan sepanjang penganjuran program itu.

Polis juga akan menutup jalan utama di Litar Permotoran Terengganu dan membenarkan hanya motosikal masuk bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

Ohmedia rxz Members 60

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas