Connect with us

Oh! Media

Rupanya Projek Pembinaan Dekat Lokasi Paip Gas Ada Kelulusan

copy of untitled design   1

Trending

Rupanya Projek Pembinaan Dekat Lokasi Paip Gas Ada Kelulusan

Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim mengesahkan bahawa projek pembangunan berhampiran lokasi kebakaran saluran paip gas bawah tanah di Putra Heights semalam telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.

Projek pembangunan berdekatan tapak letupan rupanya telah disahkan

ohmedia hafizal om featured new 1200x675

Menurut laporan Berita Harian, projek ini tidak berada dalam Rizab Laluan (ROW) PETRONAS dan telah diberikan kelulusan serta kebenaran merancang (KM) pada 2022.

Projek itu melalui proses kelulusan yang sewajarnya, termasuk mendapatkan kebenaran daripada pihak PETRONAS untuk menggunakan ROW bagi laluan Indah Water Konsortium (IWK).

Beliau juga menjelaskan bahawa kontraktor yang terlibat adalah panel yang diluluskan oleh IWK dan PETRONAS.

IKLAN

Siasatan masih berjalan

petronas putra height terbakar

Susulan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan kerja-kerja pengorekan dengan kejadian letupan, Datuk Amirul menegaskan bahawa siasatan rasmi masih dijalankan oleh PETRONAS, polis, dan pihak berkuasa.

Buat masa ini, apa yang tersebar di media sosial bukanlah kenyataan rasmi. Kita perlu menunggu hasil siasatan untuk mengetahui punca sebenar kebakaran dan letupan tersebut.

Beliau turut memaklumkan bahawa projek tersebut sepatutnya siap pada Disember tahun lalu, namun mengalami kelewatan kerana masih dalam proses mendapatkan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

#ApaKataOhmedia

Kes ini mengingatkan kita tentang betapa pentingnya pematuhan kepada prosedur keselamatan dalam projek pembangunan, terutama yang berdekatan dengan infrastruktur kritikal seperti saluran paip gas. Sebelum menyebarkan sebarang maklumat di media sosial, pastikan ia datang dari sumber yang sahih dan berautoriti!

copy of untitled design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas