Connect with us

Oh! Media

Cat Farish Tampil Dedah Perkara Sebenar, Rupanya DJ Kidd Hanya Pembantu Peribadi Emma Maembong!

Copy of Untitled Design   2

Trending

Cat Farish Tampil Dedah Perkara Sebenar, Rupanya DJ Kidd Hanya Pembantu Peribadi Emma Maembong!

Sejak kebelakangan ini, gosip mengenai Emma Maembong kononnya sudah menamatkan zaman janda bersama seorang deejay kelab kembali hangat diperkatakan.

Khabar angin ini semakin kuat selepas DJ Kidd sendiri berkongsi beberapa video mesra bersama Emma di media sosial, lengkap dengan kapsyen yang memberi bayangan mereka sudah menjadi pasangan suami isteri. Biar betul?

Cat Farish tampil beri penjelasan

Emma Maembong Peluk Dj Kidd Ohmedia

Menurut laporan mStar, abang ipar Emma yang juga penyanyi, Cat Farish tampil menafikan khabar angin itu.

IKLAN

Cat juga berkata yang hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar kawan dan DJ Kidd sebenarnya hanyalah pembantu peribadi Emma.

Siapa yang tak obses dan nak kahwin dengan Emma? Tapi setahu saya, dia (DJ Kidd) hanyalah seorang pembantu peribadi sahaja.

Dia tengokkan anak Emma, bawa Emma pergi makan. Tak pernah terlintas di fikiran saya yang mereka ada hubungan mesra.

DJ Kidd terlalu ‘obses’ dengan Emma Maembong?

Ohmedia emma maembong djkidd

Dalam pada itu, Cat turut mendakwa DJ Kidd mungkin terlalu obses terhadap Emma, sehingga menyebabkan ramai pihak salah faham.

Tak salah nak ‘crush’ kepada seseorang, tapi janganlah beri kenyataan yang bertepuk sebelah tangan.

Dia ni (DJ Kidd) tak dapat layanan sebagai teman lelaki pun.

Sejauh mana kebenaran gosip ini, hanya Emma sendiri yang boleh menjawabnya!

#ApaKataOhmedia

Jangan mudah percaya gosip selagi belum ada pengesahan daripada empunya diri. Dalam dunia media sosial sekarang, apa sahaja boleh disalah tafsir!

Copy of Untitled Design   2

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas