Connect with us

Oh! Media

Trending

Rumah Hangus Gara-Gara Dendam Si Cucu, Tak Tahan Selalu Dibandingkan

Hanya kerana dendam, seorang remaja berusia 16 tahun bertindak membakar rumah yang didiami datuk dan neneknya. Kejadian yang berlaku di Salem, Tamil Nadu, India, menyebabkan pasangan itu maut.

BACA: Dendam Dengan Angsa Taman Rekreasi, Seorang Lelaki Bertindak Jadikannya Sup Makan Malam

IKLAN

Memetik laporan Times Now News, selepas membakar rumah, remaja berkenaan telah menyerahkan diri kepada pihak polis.

dendam
Sekadar gambar hiasan

Deputi Superintendan (DSP) Immanuel Gnanasekar berkata, suspek mengaku tidak tahan dengan sikap datuk dan nenek yang sering membandingkannya dengan sepupu.

Suspek yang tinggal bersama ibu bapanya ke lokasi kejadian untuk membakar rumah datuk dan neneknya. Selain pasangan itu, dia turut berdendam dengan bapa saudara.

Suspek memberitahu dia sering dibanding-bandingkan. Dia diminta tidak membuang masa sahaja dan menjadi seperti sepupu serta bapa saudaranya.

Ketika menyerahkan diri, suspek membuat pengakuan cuba membunuh datuk dan neneknya dengan membakar rumah tersebut.

Difahamkan, kejadian kebakaran hanya disedari jiran selepas mereka mendengar jeritan mangsa meminta tolong. Jiran berusaha untuk masuk menyelamatkan mangsa namun gagal kerana rumah berkunci.

Jiran kemudiannya menghubungi pasukan bomba dan penyelamat untuk memadamkan api yang marak. Kedua-dua mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat melecur teruk di anggota tubuh.

Kredit: Harian Metro | Times Now News

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas